Terpalit Kontroversi, Nonny Nadirah Minta Maaf Sempena Ramadhan – Manis Madu
Nonny Nadirah Minta Maaf Sempena Ramadhan

Terpalit Kontroversi, Nonny Nadirah Minta Maaf Sempena Ramadhan

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah yang terpalit kontroversi baru-baru ini tampil memohon maaf menerusi Instagram Story semalam sempena Ramadhan.

memohon maaf menerusi Instagram Story

Dalam hantaran sama, Nonny turut meminta pengikutnya di platform media sosial itu mendoakan yang terbaik buatnya.

 

“Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, saya Nonny Nadhirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun yang tersembunyi.

 

“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi taa’la, saya sayang semua kerana Allah.” Tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Nonny juga mengambil peluang itu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya.

 

“Keluarga, sahabat, peminat, minta maaf dan terima kasih untuk segalanya. Saya simpan semua komen saya. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf,” luahnya.

 

Nonny juga tidak melepaskan peluang untuk mengingatkan pengikutnya supaya tidak meninggalkan amal ibadat yang wajib.

 

“Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang anda cakap saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang anda semua. Selamat berpuasa semua. Jaga diri,” tulisnya.

 

Menurut laporan Harian Metro, Nonny yang merupakan seorang artis yang mengenakan hijab mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar yang mengejutkan banyak pihak dengan penampilan barunya yang agak seksi.

Post a Comment