Nampak Anak Dilanggar Depan Mata, Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dirempuh! – Manis Madu
Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dirempuh

Nampak Anak Dilanggar Depan Mata, Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dirempuh!

Kejadian yang menyayat hati apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut dirempuh sebuah kereta di kampung Wa, Dungun, semalam.

 

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku jam 8.30 malam itu berlaku semasa bapa kepada kanak-kanak berkenaan sedang memeriksa suhu untuk masuk ke kedai makan.

 

Assalami Ahmad, 61, yang merupakan bapa kepada kanak-kanak maut itu berkata, “Ketika tiba di restoran, saya memegang tangan dia dan ketika sedang menulis nama dan memeriksa suhu badan, tiba-tiba tangan anak terlucut dari pegangan”.

 

Mangsa yang dikenali sebagai Mu’tahal Assalami itu kemudian berlari ke tengah jalan dan tidak dijangka sebuah kereta kancil yang dipandu seorang wanita terus merempuh si mangsa.

 

Mu’Tahal Assalami maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

 

Sementara itu ketua polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah telah mengesahkan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

 

Kes ini di siasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Sumber Gambar: Berita Harian

Post a Comment