Tersedak Owner Coca-Cola! Netizen Pertikai Fakta Konsultan Perniagaan Dalam Seminar
Bidang perniagaan menjadi pilihan kebanyakan individu di kala ini. Ramai yang mula terjun dalam bidang ini tidak kira sama ada melakukannya sepenuh masa atau sekadar mencari duit poket.
Semua orang boleh berniaga tetapi tidak ramai yang mampu bertahan lama dengan perniagaan mereka. Ini kerana bidang ini memerlukan pengetahuan, kemahiran yang tinggi, kesabaran dan lain-lain untuk kekal lama.
Oleh yang demikian, khidmat perunding perniagaan atau konsultan semakin mendapat perhatian lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru memulakan perniagaan.
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang pengguna berkongsi satu hantaran video yang memaparkan seorang konsultan pemasaran dalam talian dikenali sebagai Najib Asaddok dalam salah sebuah seminar perniagaan.
Tersedak aku minum coke. Nk sifu sape ni. pic.twitter.com/EmjSxxaafs
— Dean of Deen : (@Mulut_Cabai) June 13, 2022
Klip berkenaan mendapat perhatian ramai mengenai intipati ucapan Najib mengenai kejayaan syarikat jenama Coca-Cola bermula dengan membayar konsultan sebanyak 100 ribu bagi mendapatkan idea menjual air minuman mereka dalam botol tin.
“Dia bayar konsultan, konsultan tu la yang advice supaya dia botolkan Coca-Cola itu, dengan masukkan dalam tin. Meletup tak bisnes dia? Yes…” memetik kata-kata konsultan berkenaan.
Melihat di ruangan komen, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakannya mempertikaikan fakta diberikan oleh Najib berkenaan syarikat Coca-Cola itu salah dan kurang tepat.
“Confident ya. Yang mendengar tu tak ada rasa macam tengah kena tipu ke?” komen salah seorang netizen.
“Nasib dia tak kata Coca-Cola ambik Pablo Escobar jadi consultant, kalau dak baru la tersedak Coke dalam hidung,” tambah netizen lain.
Orang ramai kata, perunding perniagaan seperti ini kebanyakannya buat business ‘meniaga ayaq lioq’ saja. Orang kata, bukan Anis!