Cas Air Mineral, Mister Potato Harga Melampau, GSC Didenda RM45,000! – Manis Madu
Cas Air Mineral, Mister Potato Harga M

Cas Air Mineral, Mister Potato Harga Melampau, GSC Didenda RM45,000!

Kecoh juga di laman sosial apabila berita mengenai sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) berdepan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen atas kesalahan menaikkan harga melampau (mencatut) bagi snek dan minuman dijual di sana.

 

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, perkara berkenaan melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.

Difahamkan, GSC didapati melakukan kesalahan itu setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

 

“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan. 

 

“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir.

 

Pelbagai reaksi diterima dari warganet mengenai perkara ini. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati mengenai harga makanan dan minuman yang dijual GSC sangat mahal dan tidak berbaloi.

Post a Comment