Teruja Bakal Timang Cucu Sulung, Krisdayanti Upah Doktor Peribadi Pantau Kandungan Anak 24 Jam – Manis Madu
Krisdayanti Teruja

Teruja Bakal Timang Cucu Sulung, Krisdayanti Upah Doktor Peribadi Pantau Kandungan Anak 24 Jam

Setelah mengadakan majlis perkahwinan yang penuh gilang gemilang sehingga mendapat liputan secara meluas di serata Indonesia, Aurel Hermansyah disahkan hamil menurut perkongsian yang dimuat naik ke laman Instagram.

Khabar gembira berkenaan diraikan dengan penuh syukur oleh seluruh ahli keluarga termasuk ibunya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.

 

Menurutnya, dia terharu dan tidak menyangka bakal menimang cucu sulung dan bergelar nenek tidak lama lagi.

“Menjadi satu kebahagiaan buat semua orang apabila melalui proses ini, menjadi seorang isteri kemudian bergelar ibu dan sekarang bakal menjadi nenek.

 

“Tak kisah apa jantina bayi itu nanti asalkan selamat dilahirkan. Dia (Aurel) pernah bertanya berapa usia saya ketika melahirkan dia… saya kata 21 tahun, sama seperti usianya kini. Mudah-mudahan perjalanannya lebih baik,” kata Krisdayanti.

 

Dalam pada itu, platun lagu Menghitung Hari itu dikatakan meminta doktor peribadi memantau kandungan anaknya itu.

 

Ini kerana dia bimbang Aurel sebelum ini pernah menjalani rawatan masalah cyst atau sista.

 

“Saya hanya berpesan pada Aurel supaya lebih proaktif berkomunikasi dengan doktornya bagi memantau kandungan.

 

“Saya juga mohon doktor peribadi yang boleh membantu 24 jam untuk memberi sebarang saranan baik kerana mereka ini masih muda. Tambahan pula, Aurel ada sista. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Aurel Hermansyah selamat bergelar isteri kepada YouTuber terkenal, Atta Halilintar pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta – Liputan6

Post a Comment