Teruk Dikecam Selepas ‘Hina OKU’, Kaklong 7E Tampil Mohon Maaf
Gara-gara dikecam melakukan riak wajah serta tingkah laku yang dikatakan mempersendakan orang kelainan upaya (OKU), ‘Kak Long 7E’ tampil memohon maaf.
Wanita itu menerusi siaran langsung di media sosial telah membuat permohonan maaf terhadap golongan OKU semalam susulan seorang pemuda OKU, Khairul Hafiz membuat laporan polis keatasnya kerana didakwa mempersendakan golongan itu.
Tak sampai 24 jam selepas ditemuramah TV Alhijrah, Kak Long Dungun hina OKU pulak 😤😤
sakit hati tengok. Elok siapa npk dia meniaga kat pasar malam lempar benda ni kat dia https://t.co/neuLrcetvt . Dasar tak ada otak. Biar esok² dia jadi OKU betul lah.
Kredit 📽 Hafiz Shukri pic.twitter.com/dvdY3NtLsu
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) March 16, 2022
“Saya minta maaf, saya tiada niat untuk mempersendakan golongan OKU, demi Allah. Saya berani bersumpah atas nama Allah.
“Kenapa nak saman saya, saya tidak sebut nama sesiapa, kepada golongan OKU saya minta maaf. Saya tertekan dengan pengguna media sosial, saya hanya buat sekadar suka-suka,” ujarnya.
Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nur Baizura menerima kecaman hebat di media sosial kerana tindakannya itu masih mendapat kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati akan perkara tersebut.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial seakan tidak mempercayai permohonan maaf wanita tersebut selepas perbuatannya dilihat seperti ingin mencari perhatian orang ramai.
“Payah orang macam ni, lepas kena kecam baru nak mintak maaf,” ujar Rosalina Darus.
“Rasanya dah boleh lapor akaun dia dan biar dia jalani kehidupan macam biasa, Kak Long tutup semua akaun media sosial supaya orang tak tengok apa Kak Long buat, nak buat lawak jangan bagi contoh OKU,” komen Diraf Dias.
“Buat lagi, minta maaf lagi, macam itu seterusnya, esok ada lagi video, lepas itu maaf lagi,” kata Anizah Yusof.