Tiada Ganti! 7 Jenis Nasi Yang Tak Boleh Dipisahkan Daripada Rakyat Malaysia – Manis Madu
7 Jenis Nasi Yang Tak Boleh Dipisahkan

Tiada Ganti! 7 Jenis Nasi Yang Tak Boleh Dipisahkan Daripada Rakyat Malaysia

Pagi makan nasi lemak? Tengahari makan nasi tomato? Malam makan nasi kandar?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amelia Eats & Bakes (@ameliaaaeats) on

Betul Madu cakap, nasi dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Pelbagai variasi hidangan Malaysia yang gunakan nasi sebab itu Madu rasa rakyat Malaysia selalu bergaduh bila tanya nak makan mana?

 

Jadi, Madu nak mudahkan Maduners supaya tak gaduh bila fikir nak makan mana dengan berkongsi 7 jenis hidangan nasi yang memang meletopzzzz

 

Selamat menjamu selera? Ehh, silap sebab dapat tengok saja dalam senarai ini, nak makan kena carilah!

#7 Nasi Lemak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LE DAPUR 樂廚 (@le.dapur) on

Madu rasa yang tak suka nasi lemak mungkin akan jadi musuh rakyat Malaysia.

 

Hidangan favourite rata-rata rakyat Malaysia ini juga dikenali sebagai hidangan kebangsaan Malaysia.

 

Mesti ramai sebenarnya dah tahu apa itu hidangan nasi lemak yang pastinya Madu nak bagi tahu paling penting hidangan nasi lemak ini adalah nasi dan sambal itu sendiri!

 

Kalau nasi tak lemak sebab tak cukup santan memang kurang ngamm! Sama juga dengan sambal, kalau tak cukup rasa manis, pedas, masin dan masam terus spoil nak makan nasi lemak!

 

Waktu sesuai nak makan nasi lemak? Tiada waktu! Pagi, tengahari bahkan malam, mana-mana waktu sesuai untuk satu bungkus nasi lemak. Kalau tak cukup jadikan dua bungkus! Hehehehehe.

#6 Nasi Dagang

Antara makanan untuk sarapan yang terkenal di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Nasi Dagang tak akan kecewakan Maduners!

 

Bayangkan Maduners sedang makan nasi yang dikukus di dalam susu kelapa, dimakan bersama kari ikan, kelapa goreng, telur rebus dan jeruk sayur-sayuran. Sting aku yahuuuuu! Memang shedapppp gilerrr!

#5 Nasi Tomato

nasi-tomato-utara-dan-ayam-masak-merah-768

Sumber Gambar: www.enyabdullah.com

Maduners yang asal dari Pahang memang kenal sangatlah dengan hidangan berasaskan nasi ini. Tapi Madu rasa nasi tomato ini dah jadi antara hidangan yang terkenal sewaktu majlis-majlis kecil-kecilan.

 

Kenapa nama dia nasi tomato? Kerana sewaktu beras yang ingin dimasak untuk hidangan ini akan diadun terlebih dahulu dengan pes tomato bagi mendapatkan rasa manis dan masam tomato tersebut.

 

Selalunya dihidang bersama ayam masak merah atau ayam rendang ataupun  rendang daging dan juga patcheri nanas serta dalcha, nasi tomato sesuai dimakan pada waktu tengahari atau malam.

#4 Nasi Tumpang

nasi-tumpang

Ha! Ramai mungkin masih tak tahu apalah hidangan nasi tumpang ini. Hidangan yang berasal dari Kelantan ini dikenali sebagai nasi tumpang kerana cara masakan atau dihidangkan adalah sedikit berbeza.

 

Dibungkus menggunakan daun pisang dan berbentuk kon, nasi tumpang terdiri daripada nasi putih yang mana disusun secara bertingkat dengan lapisan hidangan lain yang berbeza.

 

Nasi Tumpang padat dengan lapisan seperti telur, daging lembu atau ikan benang, sambal, timun, serunding dan lain-lain.

#3 Nasi Briyani

nasi briyani

Nasi Briyani sebenarnya ada banyak jenis tapi yang terkenal di Malaysia adalah Nasi Briyani Gam! Bagi hidangan ini, beras selalunya akan dicampur dengan rempah bagi mendapatkan dimensi rasa yang memang onnn habiszzzz.

 

Untuk beras bagi hidangan nasi briyani ini selalunya akan gunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.

#2 Nasi Kandar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ayu shuhaimi (@ayu.shuhaimi) on

Apa khabaq orang Penang? Hangpa rhindu tak nasi kandaq?

 

Bila melancong ke Pulau Pinang memang terwajib sangat cuba Nasi Kandar! Kalau kuah tak campur tolong jangan panggil nasi kandar dan kuah wajib banjirrrrrrr.

 

Untuk lauk sampingan pula, kalau boleh gandingan macam-macam dengan nasi kandar Maduners, ada lauk ayam goreng, kari kepala ikan, daging lembu, daging kambing dan sayur-sayuran.

 

Bagi lauk seperti sotong, ketam, udang dan telur ikan memang sedap tapi kena berhati-hati ambil lauk ini kerana mungkin agak mahal harganya.

#1 Nasi Minyak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by noorshahida (@littlekitchenby_ita) on

Nasi paling popular waktu kenduri! Waktu dulu, nasi minyak boleh dapat masa kenduri saja.  Memang rare sampai Madu pun kadang-kadang kempunan.

 

Tapi sekarang dah banyak kedai yang jual nasi minyak. Jadi bila craving jerr boleh terus pergi cari, tak payah tunggu kenduri kahwin.

 

Ayam masak merah, daging masak pedas, kuah dhal, acar buah dan juga papadom merupakan antara lauk sampingan yang dimakan bersama nasi minyak.

 

Ha! Mesti dah kecur air liur baca senarai hidangan nasi dekat atas. Kalau boleh Maduners buat pesan food delivery saja, tak perlu nak bergerak terlalu banyak waktu sekarang ini!

 

Stay Safe Maduners!

Post a Comment