Tiada Masa Siapkan Sarapan, 3 Resipi Mudah Khas Untuk Anda! – Manis Madu
Tiada Masa Siapkan Sarapan, 3 Resipi Mudah Khas Untuk Anda

Tiada Masa Siapkan Sarapan, 3 Resipi Mudah Khas Untuk Anda!

Sesibuk mana pun seseorang dengan aktiviti harian, perkara utama yang tidak boleh diabaikan pada permulaan hari adalah mengambil sarapan! 

 

Tetapi Madu faham, kadang-kadang orang tak suka sarapan kerana leceh, perlu lebih masa untuk sediakan sarapan sendiri, jimat masa, jimat tenaga. Kan?

 

Kalau begitu, resipi yang Madu akan kongsikan ini mungkin dapat membantu selesaikan masalah korang!

#Garlic Bread Grilled Cheese

Nama diberi dalam bahasa Inggeris tapi tak mustahil Maduners akan in love dengan rasa dan cara penyediaannya yang ringkas dan mudah!

Garlic Bread Grilled Cheese

Bahan-bahan:

  • 4 sudu teh unsalted butter (pastikan dalam suhu bilik)
  • 2 sudu teh daun parsley dicincang halus
  • ½ bawang putih dicincang halus
  • ¼ garam
  • Lada hitam
  • 4 keping roti putih
  • Cheese parut

 

Cara penyediaan:

  1. Campurkan mentega, parsley, bawang putih, garam, dan beberapa kisar lada dalam mangkuk kecil hingga sebati.
  2. Sapukan campuran tadi di satu bahagian kepingan roti (kira-kira 1 sudu besar, setiap keping).
  3. Setelah sapukan mentega pada kedua bahagian roti (atas dan bawah), masukkan ke dalam kuali dengan api sederhana.
  4. Letakkan cheese ke atas roti (biarkan jika cheese tumpah di dalam kuali kerana dia akan menjadi rangup dan sedap!).
  5. Kemudian, letakkan satu lagi roti yang sudah disapu mentega di atasnya.
  6. Masak kedua-dua bahagian roti hingga berwarna coklat keemasan dan cheese cair. (kira-kira dalam 4 minit).
  7. Pindahkan ke papan pemotong dan potong separuh. Siap!

#Roti Telur Versi Sihat

Madu pun tak tahu nama resipi ini kerana Madu jumpa di TikTok! Nampak menyelerakan dan penyediaan yang mudah.

Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun
  • 2 biji telur
  • 2 putih telur sahaja
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Serbuk paprika
  • 2 keping roti (wholemeal)
  • Krim keju rendah lemak
  • Bayam
  • Avocado
  • Sos cili

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun
  2. Masukkan 2 biji telur bersama 2 putih telur ke dalam kuali, perasakan dengan garam, lada hitam, serbuk cili dan serbuk paprika. Tunggu sehingga masak.
  3. Bakar 2 keping roti wholemeal tadi dan sapukan krim keju rendah lemak ke atasnya. Letakkan bayam, avocado dan sos cili.
  4. Akhir sekali, letakkan telur yang dimasak tadi di atas roti dan siap! Sedia untuk dihidang.

#Bubur Oatmeal Ayam

Tak pernah dengar bubur ayam diperbuat daripada oatmeal! Nak tahu rasanya, kenalah cuba.

Bubur Oatmeal Ayam

Bahan-bahan:

  • 100 gram oat
  • 530ml air
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa
  • Minyak bijan
  • Isi ayam yang sudah diracik
  • Telur separuh masak
  • Daun bawang

 

Cara penyediaan:

  1. Rebus 100g oat bersama 530ml air. Rebus hingga mendidih. Jika sudah mendidih, masukkan garam, lada hitam dan serbuk perasa.
  2. Kemudian, masak sehingga dapat tekstur yang korang mahukan.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk, letakkan isi ayam, telur separuh masak dan daun bawang sebagai topping.
  4. Tuang sedikit minyak bijan ke atasnya dan boleh dimakan!

Resipi-resipi yang Madu kongsikan ini bukan sahaja sesuai dimakan ketika sarapan tetapi boleh juga dijadikan hidangan ketika makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba Maduners!

Sumber Gambar: Bon Appetit, Eat What Tonight

Post a Comment