Tidak Berhati Perut! Kucing Baru Beranak Diikat Dalam Guni Sebelum Dicampak Dalam Tong Sampah – Manis Madu
Kucing Baru Beranak Diikat Dalam Guni

Tidak Berhati Perut! Kucing Baru Beranak Diikat Dalam Guni Sebelum Dicampak Dalam Tong Sampah

Kucing merupakan makhluk yang seharusnya disayangi dan dijaga dengan baik. Namun, Madu tidak faham kenapa boleh wujud manusia tidak berhati perut yang sanggup mencederakan haiwan comel ini!

 

Menurut perkongsian di Facebook oleh Mohd Yani, dia meluahkan rasa berang apabila menemui beberapa ekor anak kucing yang diikat dalam guni sebelum dibuang ke dalam sebuah tong sampah besar.

SS
Tidak Berhati Perut

“Minta perhatian sikit ya. Kalau ya pun nak buang kucing, agak-agaklah. Tak suka kucing, janganlah buang dalam tong sampah.

 

“Dah la buang dalam tong sampah, ikat ketat pula (guni). Kesian kucing buat macam tu. Ada otak jangan letak di lutut. Guna otak sikit kalau nak buang pun,” tulisnya.

 

Menurut Mohd Yani, dia tidak tahu berapa lama haiwan berkenaan sudah dicampakkan dalam tong sampah. Namun katanya, kucing-kucing itu kelihatan lemas dan tidak bermaya selepas diselamatkannya.

 

Kata Mohd Yani lagi, pelaku berkenaan harus beringat bahawa setiap perbuatan itu ada balasannya.

 

“Kepada tukang buang kucing tu, ingat baik-baik nanti ada balasan untuk kamu. Kucing pun makhluk Tuhan juga. Mereka pun nak hidup. Hari ni buang kucing, esok anak kamu pula buang kamu,” ujarnya lagi.

 

Kejadian yang berlaku di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu itu juga turut dikongsi di laman Facebook Kijal Sejahtera dan meraih perhatian ramai.

 

Rata-rata pelayar Facebook meluahkan rasa marah dan sedih atas tindakan pelaku yang disifatkan kejam dan tidak bertanggungjawab.

Post a Comment