Tidak Malu Miliki Kaki Gajah, Model Berazam Mahu Beri Inspirasi – Manis Madu
Mahogany Geter Tidak Malu Miliki Kaki Gajah, Model Berazam Mahu Beri Inspirasi

Tidak Malu Miliki Kaki Gajah, Model Berazam Mahu Beri Inspirasi

Bila sebut tentang model, mesti Maduners membayangkan seorang gadis muda yang cantik, tinggi lampai dan memiliki kaki yang menawan. Namun lain pula kisah seorang model yang memiliki fizikal yang sedikit berbeza dengan kebanyakan model lain.

 

Mahogany Geter, 23, seorang model dilahirkan dengan penyakit limfedema yang menyebabkan lebihan cecair terkumpul dan menyebabkan kaki kirinya membengkak dengan teruk sehingga boleh mencapai seberat 44 kilogram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahogany Geter (@lymph.goddess23)

Menurut laporan Mirror UK, Geter yang menghidap penyakit limfedema atau lebih dikenali sebagai penyakit kaki gajah bagaimanapun tidak bercadang berhenti daripada meneruskan kerjayanya meskipun mendapat kecaman masyarakat.

 

Apa yang dia mampu lakukan untuk meminimumkan bengkak itu adalah melakukan rutin fisioterapi dan urutan saliran limfa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahogany Geter (@lymph.goddess23)

Menurut wanita itu, dia sering menerima kata-kata penghinaan namun berjaya bangkit untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya.

 

“Saya mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk meraikan perbezaan mereka.

 

“Kini, saya percaya bahawa saya seorang yang cantik dari dalam dan luar. Saya berbangga dengan apa yang badan saya boleh lakukan,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahogany Geter (@lymph.goddess23)

Gadis tersebut aktif dalam menghasilkan kandungan di TikTok dan Instagram dengan menggunakan nama lymph.goddess23, di mana dia memiliki lebih 8,000 pengikut.

Post a Comment