Tidak Pernah Dedah Hubungan, Hannah Delisha Diam-Diam Selamat Bergelar Isteri! – Manis Madu
Hannah Delisha Diam-Diam Selamat Bergelar Isteri

Tidak Pernah Dedah Hubungan, Hannah Delisha Diam-Diam Selamat Bergelar Isteri!

Surprise! Itu yang Madu boleh katakan apabila menjengah ke Instagram pelakon cantik Hannah Delisha tadi.

 

Tidak pernah mendedahkan hubungan kepada umum, Hannah membuat kejutan apabila berkongsi foto dia telah selamat bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Imam Shah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulisnya ringkas.

 

Sementara itu, menjengah ke Instagram Imam, pengantin lelaki itu turut memuat naik gambar dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular dengan watak Amani, menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by imam shah (@imamemy)

“Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya dalam posting tersebut.

 

Khabarnya majlis tersebut di langsungkan di tanah kelahiran Hannah, di Singapura. Pandai Hannah simpan rahsia ya, tahniah!

Post a Comment