Tidak Profesional Ketika Mohon Kerja, Bakal Majikan ‘Basuh’ Pemohon Tentang Etika – Manis Madu
Tidak Profesional Ketika Mohon Kerja, Bakal Majikan ‘Basuh’ Pemohon Tentang Etika

Tidak Profesional Ketika Mohon Kerja, Bakal Majikan ‘Basuh’ Pemohon Tentang Etika

Sebagai individu yang baru memohon pekerjaan, adab dan tingkah laku ketika sesi temuduga harus dijaga dengan baik untuk memberi impression yang baik kepada bakal majikan.

 

Namun lain pula ceritanya tentang seorang gadis yang bertanya tentang jawatan kosong melalui aplikasi WhatsApp.

 

Melalui hantaran Farhanah Tajurudin di laman Facebook, ketika itu dia menerima satu permohonan kerja dari seorang calon tetapi melihatkan cara calon itu berkomunikasi dengannya, dia awal-awal lagi sudah malas untuk meneruskan.

Tetapi pada lewat malam hari yang sama, dia menerima mesej daripada calon sama bertanya tentang permohonannya tadi.

 

“Memandangkan dia junior saya ketika di universiti dulu walaupun berbeza fakulti tapi harapnya dia belajar sesuatu,” tulis Farhanah dalam hantaran tersebut.

 

Melalui tangkap layar perbualan yang dikongsikan, Farhanah ternyata menasihati gadis berkenaan tentang adab-adab sebelum memohon pekerjaan.

 

Antara perkara yang ditegur termasuk bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi terhadap bakal majikan dan waktu yang tidak sepatutnya dia bertanya tentang permohonannya.

 

Gadis tersebut cuma membalas dengan ‘okay bye thank you’ lalu menutup perbualan mereka.

 

Rata-rata netizen ‘geram’ dengan cara gadis itu dengan menganggap dia tidak profesional dan caranya serba tidak kena bagi seseorang yang pertama kali memohon pekerjaan.

 

“Adab. Something that many of us lack of. A reminder to myself. Thank you!” komen Amir Yaakup.

 

“Millenial sangat cara respon. Should have some formality to maintain professionalism. Well said walaupun aku tak pasti dia faham ke tak siap bye lagi. Tak pernah lagi aku type bye dengan bos aku untuk hal kerja,” tulis Rahmah Nasir.

Post a Comment