Timbalan Menteri Dikecam Bagi Petua ‘Sentuhan Fizikal Lembut Tetapi Tegas’ Untuk Tegur Isteri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff dikecam beberapa Ahli Parlimen pembangkang selepas memberi petua kepada pasangan suami isteri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Siti Zailah mengundang kecaman melalui satu klip video dua minit yang dimuat naik di laman Instagram yang menyarankan suami boleh menggunakan “sentuhan fizikal yang lembut tetapi tegas” untuk menegur isteri.
View this post on Instagram
Petua yang diberikan Siti Zailah itu dikritik Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Nurul Izzah berkata, “nasihat” Siti Zailah itu merugikan wanita dalam realiti dan keperluan semasa.
The pandemic has only seen an increase in domestic abuse with a total of 9,015 cases were reported – predominantly against women. This so called ‘advice’ by the deputy minister is a disservice and goes against current realities & needs. https://t.co/QoOd6b0gud Reference tbc 1/3
— Nurul Izzah Anwar 🇲🇾 🌺 (@n_izzah) February 12, 2022
“Pandemik Covid-19 menyaksikan peningkatan kes penderaan domestik dengan 9,015 kes dilaporkan, kebanyakannya terhadap wanita,” ciapnya di Twitter.
Hannah Yeoh pula berkata, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob perlu meminta Siti Zailah mendemonstrasi cara lelaki menggunakan “sentuhan fizikal lembut tetapi tegas” untuk menegur isteri.
Is this your Deputy Minister @IsmailSabri60 for Women, Family + Community Development portfolio? She is tasked with looking after women of all races. Please ask her to demonstrate how men should use “sentuhan fizikal lembut tapi tegas” to tegur isteri.https://t.co/3BdKANxORk
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) February 12, 2022
“Bahaya buat video dua minit seperti ini. Sentuhan fizikal lembut tapi tegas itu sangat subjektif.
“Tanya ‘team’ doktor, aktivis dan NGO yang mengendalikan kes keganasan rumah tangga setiap hari, adakah sesuai topik seperti ini dibincangkan melalui video dua minit,” katanya di Twitter.