Tinjauan Baiki ‘Shower Rose’ Tandas, Pelajar Selar Pihak Pengurusan Kolej!
Bagi pelajar yang mempunyai pengalaman menginap di asrama, pasti pernah berdepan dengan situasi kemudahan fasiliti kolej mengalami kerosakan. Fuh, kalau dah sekali rosak berzaman kena tunggu untuk dibaiki!
Baru-baru ini, seorang pemuda memuat naik rasa tidak puas hati berkenaan tindakan pihak pengurusan kolej yang dirasakan tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Melalui hantaran di laman Twitter, Muhammad Izzani memuat naik tangkap layar menunjukkan tinjauan tentang keperluan shower rose di bilik mandi.
Bayar yuran mahal mahal tapi bilik air takde shower rose 🤡 sejak bila benda ni jadi keperluan? pic.twitter.com/tD4Q8EbKMK
— Muhammad Izzani (@muhdezzany) September 16, 2021
Menurutnya, tinjauan tersebut tidak perlu dilakukan memandangkan ia sememangnya satu keperluan asas di setiap bilik mandi.
“Mau benjol kepala aku nak mandi takde shower rose. Kau bayangkan bila air takde, nak taknak je keluar air tu. Last last dinding je yang mandi,”
Tambahnya lagi, dia menyuarakan perkara ini kerana yuran asrama yang dibayar mahal tidak setanding dengan apa yang mereka perolehi. Benda asas pun sampai kena buat survey dulu!
“Kalau benda itu melibatkan duit, aku tak akan diam. Benda basic setiap bilik kena ada kot?? Aku bayar guna duit bukan daun,” luahnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, terdapat ramai pengguna Twitter yang lainnya turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama di institut pengajian masing-masing.
“Fuhh yang takde kepala tu okay lagi, air laju bergegar otak. Pernah mandi yang paip dia sama level dengan dinding, time air slow melekap kat dinding terus. Hilang mood nak mandi,” @hakifays.
“Dulu kat asrama aku siap beli sendiri pastu pasang time nak mandi, dah siap mandi cabut balik,” @ohamaar.
Madu yakin, ramai pelajar boleh relate dengan situasi seperti ini. Mungkin dengan cara menularkan isu ini, pihak berwajib akan melakukan tindakan lebih pantas untuk menyelesaikan masalah para pelajar.