Tonton The Penthouse, Empat Remaja Korea Utara Dihukum 12 Tahun!
Berdasarkan Akta Pengecualian Budaya Ideologi yang diasaskan oleh Kim Jong Un sewaktu naungannya di Korea Utara, empat remaja terbabit telah dihukum di atas perbuatannya tersebut.
Menurut forum di Allkpop lagi, keempat-empat remaja terbabit telah ditangkap ketika menonton drama terbabit di saat menyambut hari lahir salah seorang dari mereka pada 25 Mei lalu.
Tiga dari mereka dikenakan hukuman menjadi buruh di kem pendidikan selama 10 tahun manakala individu yang menyambut hari lahirnya itu dihukum menjadi buruh selama 12 tahun.
Ketika mereka diserbu, terdapat lebih daripada 30 buah drama Korea Selatan dan muzik K-Pop di dalam pendrive milik salah seorang dari mereka.
Untuk rekod, Korea Utara adalah sebuah negara yang melarang dari mana-mana bahan hiburan dari negara luar memasuki negara mereka.
Terdahulu, seorang lelaki telah dihukum tembak sampai mati kerana mengedar drama Korea Selatan di negara itu secara haram.