Trend Terkini Solekan Musim Panas 2020 – Manis Madu
Trend Terkini Solekan Musim Panas 2020

Trend Terkini Solekan Musim Panas 2020

Terdapat 5 solekan bertemakan musim panas 2020 yang berwarna-warni, sesuai untuk Maduners semua.

 

Walaupun di Malaysia tiada musim panas ataupun summer yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga barat, tidak mengapa! Solekan musim panas yang Madu nak kongsikan hari ini memang cantik dan boleh digayakan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.

1. Floating Eyeliner

floating-eyeliner-2

Sumber Gambar: Beautyglimpse.com

Floating Eyeliner? Bunyi macam pelik, tapi sebenarnya ia hanya eyeliner yang dilukiskan pada kelopak mata, seperti gambar di atas.

Kalau Maduners nak cuba lukis floating eyeliner yang nampak lebih menarik, boleh cuba macam Shay Mitchell gayakan ini, warna hijau neon. Barulah lain daripada yang lain!

2. Over-the-Top Blush

Over-the-Top Blush

Sumber Gambar: gabrielcosmeticsinc.com

Menurut Harpers Bazaar, pada musim panas 2020, pemerah pipi lebih menawan dan bergaya apabila kita gunakan ia hingga ke pelipis dan ke kelopak mata untuk penampilan yang sangat halus dan romantis.

Watercolor Lids

Kredit Gambar: Victor Virgile GETTY IMAGES

Sudah tentu pembayang mata yang berwarna terang akan menjadi pujaan hati orang ramai pada setiap musim panas.

 

Daripada kita gayakan warna neutral, Maduners boleh cuba melengkapkan pembayang mata dengan dua warna yang kontras untuk mendapat ‘eyeshadow look’ yang lebih meriah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DUA LIPA (@dualipa) on

Alang-alang kita pakai pembayang mata yang berwarna-warni, kita boleh cuba untuk padankan dengan pakaian kita juga.

3. Sun-Kissed Skin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YADA VILLARET 🌞 (ญาดา) (@yadavillaret) on

Sun-Kissed Skin ini memang kegemaran orang Malaysia. Betul tak, Maduners? Kalau nampak matahari, terus selfie.

Sumber Gambar: Merakilane.com

Macam mana nak dapatkan Sun-Kissed Skin yang sempurna? Menurut penulis daripada Marie Claire, telah berkata yang bronzing cream dapat menyerlahkan lagi muka kita apabila terdedah dengan cahaya matahari.

4. Feathered Brows

Perkara terbaik mengenai trend solek musim panas 2020 ini ialah ia tidak memerlukan pensil atau serbuk kening. Sebaliknya, sikat alis anda dengan gel alis berwarna supaya dapat menghasilkan penampilan yang fresh.

 

Sebenarnya ada banyak lagi solekan musim panas pada tahun 2020 ini. Contohnya, make-up yang dilakukan oleh Meghan Victoria ini:

Maduners bolehlah cuba-cuba solekan yang Madu dah cadangkan tadi!

Post a Comment