Tuduh Khairul Aming Berhala, Netizen Selar Kenyataan Tidak Masuk Akal Individu Di Twitter! – Manis Madu

Tuduh Khairul Aming Berhala, Netizen Selar Kenyataan Tidak Masuk Akal Individu Di Twitter!

Sebut sahaja nama Khairul Aming, Madu boleh katakan hampir semua orang kenal dengan influencer serta usahawan berjaya yang sering memuat naik video masakan di media sosial dan pemilik sambal botol terkenal iaitu Sambal Nyet.

 

Sebelum ini, nama Khairul Aming sempat menjadi sorotan netizen gara-gara isu mengenai pengurusnya dan terbaru, nama jejaka ini kembali disebut-sebut apabila video yang dimuat naiknya yang menceritakan tentang liku-liku kehidupan ketika beliau berusia 20 tahun hingga kini mendapat pujian warganet.

Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan pencapaian yang dikecapi jejaka berasal dari Kelantan ini dan tidak kurang yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.

 

Meskipun begitu, baru-baru ini terdapat satu ciapan di laman Twitter yang mendakwa Khairul Aming adalah berhala yang disembah masyarakat dan gara-gara ciapan tersebut, pemilik akaun terbabit menerima kecaman hebat daripada netizen.

 

Menurut pemilik ciapan itu, di ketika ini ramai yang ‘menyembah’ pemuda terbabit dan perkara sedemikian perlu dielakkan serta merta kerana Khairul Aming merupakan berhala yang dicipta oleh Taghut yang mana akan melalaikan manusia.

Tidak terhenti di situ, dia juga mendakwa bahawa golongan yang terlalu meminati pempengaruh tersebut tidak akan dapat sebarang manfaat serta menegaskan hanya Allah mampu melindungi dan menyelamatkan mereka.

 

Rentetan itu, ramai netizen tidak mendiamkan diri dan menyelar kenyataan tidak masuk akal seperti diperkatakan individu terbabit.

 

Kebanyakan netizen bertegas bahawa mereka hanya menjadikan Khairul Aming sebagai idola kerana berjaya mencipta kejayaan di usia muda.

Post a Comment