Tujuan Konten Bertukar Tragedi, TikTok Famous Tertembak Diri Sendiri – Manis Madu
TikTok

Tujuan Konten Bertukar Tragedi, TikTok Famous Tertembak Diri Sendiri

Pada awalnya remaja ini hanya ingin membuat video sebagai content TikToknya, tapi apakan daya malang tidak berbau. 

 

Seorang remaja Pakistan terbunuh kerana tertembak dirinya sendiri ketika dia berpura-pura menggunakan pistol untuk content TikTok yang dirakam oleh rakannya, semalam. 

 

Hamidullah, 19, yang merupakan media sosial terkenal dikatakan memegang pistol rakannya dan menarik picu tanpa dia sedar pistol berkenaan berisi peluru. 

 

Menurut Badshah Hazrat, seorang pegawai kanan polis di barat laut Lembah Swat, remaja itu bagaimanapun di sahkan mati di tempat kejadian.

 

Melalui laporan yang di dipetik dari The Jakarta Post, walaupun rakaman kejadian tidak dimuat naik di laman sosial TikTok, polis menyatakan rakan-rakan sudah pun menyebarkan video berkenaan dalam kalangan mereka sebelum ia tersebar meluas. 

 

Mangsa yang berusia 19 tahun ini mempunyai lebih 8000 pengikut dan menyiarkan hampir 600 video di TikTok.

 

Sebahagian besar dari video yang disiarkan adalah berkaitan rakan-rakan, kriket dan kehidupan di lembah yang lasak dan indah. 

 

Kematian ini adalah kejadian terbaru yang berlaku di Pakistan yang melibatkan aksi di media sosial yang tersilap langkah.

 

Bagaimanapun, kejadian yang tidak disengajakan seakan ini juga pernah berlaku ke atas seorang pengawal keselamatan yang terbunuh di Karachi tahun lalu ketika dia bermain dengan senapang sambil merakam video di TikTok.

 

Manakala Januari, seorang remaja lain meninggal dunia selepas dilanggar kereta api ketika menjalani penggambaran untuk aplikasi di Rawalpindi.

Post a Comment