Tular Kongsi Pengalaman Berlakon Babak Panas, Fauzi Nawawi Mohon Maaf – Manis Madu
Tular Kongsi Pengalaman Berlakon Babak Panas, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Tular Kongsi Pengalaman Berlakon Babak Panas, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Selepas tular video perkongsian pengalaman berlakon babak panas di laman Twitter, pelakon Fauzi Nawawi tampil memohon maaf terhadap Raja Farah, suami dan keluarganya yang disebut ketika perkongsian tersebut.

Menerusi video itu, Fauzi dipercayai menceritakan mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal membabitkan Raja Farah menerusi sebuah program TV.

 

Menurut Fauzi, dia tidak tahu tujuan video itu kembali ditularkan kerana program berkenaan sudah lama ditayangkan dan baru kini dihebohkan semula.

 

“Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Saya nak memohon maaf pada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

“Video ini (permohonan maaf) mungkin agak lambat saya muat naik kerana saya baru balik dari shooting, saya kerja. Kebetulan tengah shooting babak berat, jadi saya lupakan dan tutup semua telefon sebab tak nak mengganggu fikiran saya,” katanya.

 

Fauzi berkata, sebaik selesai rakaman, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan.

 

“Sebab kami bersembang antara lelaki. Memang salah saya bila bersembang tak kawal cakap, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah. Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang saya pernah pegang. Kalau diceritakan watak 13, 14 tahun dulu, watak begitulah.

 

“Perompak, penjahat, perogol itulah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap, habis rakaman saya tersedar yang bahawa ada benda yang patut dipotong, yang disensorkan supaya tak ditayangkan,” katanya. 

 

Program itu sudah ditayangkan dua kali dan Fauzi mengakui tidak mengetahui ia ditularkan di Twitter semalam.

 

“Tapi apapun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik. Kepada yang amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. 

 

“Memang saya tiada niat langsung memalukan. Pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tak mahu lagi perkara ini dipanjangkan,” katanya.

 

Fauzi turut berlapang dada memaafkan warganet yang mengeluarkan kata-kata cacian terhadapnya, emak serta keluarganya. 

 

Terdahulu isu tular ini mendapat respon balas daripada Raja Farah dan suami. Menerusi hantaran di Instagram, pasangan ini menganggap perkara itu sangat memalukan.

Suami Raja Farah menegaskan, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.

Post a Comment