Tular ‘Trend Body Goals’, Wanita Nasihat Fikir Sensitiviti Orang Sekeliling! – Manis Madu
Tular ‘Trend Body Goals’, Wanita Nasih

Tular ‘Trend Body Goals’, Wanita Nasihat Fikir Sensitiviti Orang Sekeliling!

Di media sosial sekarang pelbagai trend dicipta untuk tujuan hiburan. Lebih-lebih lagi di aplikasi TikTok, akan ada saja trend baru akan tular. Meriah!

 

Namun, tidak semua trend boleh diikut dan dibuat. Segelintir daripadanya ada yang merbahaya, kurang sopan, berunsur negatif, menyentuh sensitiviti dan lain-lain.

 

Baru-baru ini tular trend terbaru dalam kalangan wanita berkaitan ‘jangan mengaku body goals kalau tak pernah masuk labour room’.

@amyapuksai84 Mau jugak la buat 😜 ikut trend #trend @WaPunya @Aai_ixhan @huzaimy @Ishanotwkurus #bodygoal #labourroom #fyp #fypシ ♬ original sound – shavivins__

Rata-rata yang terlibat dengan trend ini adalah dalam kalangan ibu-ibu. Kebanyakannya menunjukkan bentuk badan terkini yang ramping dan berbangga meskipun sudah berapa kali memasuki labour room.

 

Rentetan daripada itu, seorang wanita menyuarakan pendapatnya mengenai trend yang semakin tular ini.

 

Menurutnya, sebelum melakukan sebarang trend adalah lebih baik jika berfikir terlebih dahulu samada trend itu akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak atau tidak.

“Cer bayangkan, di sebalik kita seronok-seronok buat trend body goals tu, ada orang dah berpuluh-puluh tahun kahwin tapi belum pernah merasa masuk labour room.

 

“Bayangkan, orang yang dah berpuluh-puluh kali masuk labour room tapi belum mampu nak reach dia punya body goals. Ada ibu-ibu yang kat luar sana tengah struggle nak turun berat badan. Apa perasaan dorang tengok trend body goals ni?” ujarnya.

 

Wanita berkenaan juga menegaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk melakukan trend tersebut.

 

“Macam aku sendiri, anak aku tiga dan aku macam ni je tapi aku tak pernah terfikir la nak buat trend ni. Sebab apa? Aku nak tayang body aku ke sapa? Kalau aku mati esok-esok takde nya kena tanya ‘mu berapa kali dah masuk labour room?’” tambahnya lagi.

Post a Comment