Ulangtahun Ke-10! Throwback Filem Terbaik 10 Tahun Lepas – Manis Madu
Ulangtahun Ke-10 Throwback Filem Terbaik 10 Tahun Lepas

Ulangtahun Ke-10! Throwback Filem Terbaik 10 Tahun Lepas

Penerbitan filem dalam dan luar negara sememangnya memberi perkembangan yang baik dari tahun ke tahun. Maduners ingat lagi tak filem apa yang paling legend tahun 2011.

 

Hari ini Miera nak throwback balik 10 tahun anniversary bagi cerita atau filem-filem yang menarik pada tahun 2011.

#Ombak rindu

10tahun

Sumber: wikipedia

Filem Ombak rindu yang merupakan arahan Osman Ali ini merupakan salah satu filem Malaysia yang pernah menjadi perbualan dan kegilaan ramai pada 10 tahun yang lalu. Boleh dikatakan pecah panggung juga sebab ramai yang berpusu ke pawagam untuk menonton tayangan ini.

 

Watak Izzah yang dilakonkan oleh Maya Karin dan watak Hariz yang dilakonkan oleh Aaron Aziz berjaya menarik perhatian ramai penonton.

 

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Izzah (Maya Karin) dan Hariz (Aaron Aziz) dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh macam-macam rintangan sebelum menemui kebahagiaan.

 

Memang sweet habis cerita ombak rindu ini. Boleh menangis dibuatnya.

#KL Gangster

KL Gangster

Sumber: imdb

KL gangster juga merupakan sebuah filem aksi jenayah yang pernah mendapat tontonan yang ramai suatu ketika dulu.

 

Filem KL gangster ini sedikit sebanyak menggambarkan dunia sebenar yang berlaku di Kuala Lumpur. Filem ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru sahaja keluar dari penjara dan ingin mengubah kehidupannya.

 

Bukan sekadar jalan cerita yang menarik, filem ini juga memberi banyak pengajaran kepada penonton dan menyampaikan tentang perkara yang mungkin orang luar tidak tahu tentang gangster.

#Captain America

Captain America

Sumber: imdb

Captain America adalah sebuah filem superhero yang diadaptasi dari komik dan merupakan salah satu watak di bawah arahan Marvel Studio.

 

Cerita yang berkisahkan seorang pemuda Amerika bernama Steve Rogers ini mempunyai keinginan yang besar untuk menjadi tentera walaupun dia berbadan kecil.

 

Dia berjaya mencapai cita-citanya walaupun fizikal badannya tidak memenuhi syarat untuk menjadi tentera.

 

Disebabkan sifat berani, pantang menyerah dan selalu bersedia membela kebenaran akhirnya Steve Rogers terpilih mengikuti eksperimen rahsia project Rebirth.

 

Yang membuatkan cerita ini ramai tontonan adalah disebabkan ia berkesinambungan, sebab itu orang makin nak tahu apa yang jadi seterusnya.

#Harry Potter

Harry Potter

Sumber Gambar: europosters

Sebuah filem fantasi yang  juga diadaptasi dari novel ini pastinya membawa Maduners semua ke dunia magik. Filem ini mempunyai banyak series dan setiap episodnya membawa jalan cerita yang berbeza dan menarik.

 

Filem Harry Potter ini menceritakan kehidupan seorang penyihir muda iaitu Harry Potter dan rakan-rakannya Hermione Granger dan Ron Weasley yang merupakan pelajar di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

 

Cerita utama filem ini memperlihatkan perjuangan Harry menentang seorang ahli sihir yang berniat untuk menjadi orang yang paling berkuasa.

 

Memang sangat nostalgia kalau korang ingat balik cerita-cerita yang pernah tonton dulu. Tengok banyak kali pun tak pernah bosan.

Post a Comment