Umur Lingkungan 30-an Dah Jadi Datuk & Nenek! – Manis Madu
Baru Umur Lingkungan 30-an Dah Jadi Datuk & Nenek

Umur Lingkungan 30-an Dah Jadi Datuk & Nenek!

Bayangkan pada umur lingkungan 30-an dah jadi datuk dan nenek! 

 

Itu yang terjadi kepada Jenni Medlam yang berumur 34 tahun dan suaminya Richard 35 tahun yang telah bergelar nenek dan datuk pada usia yang agak muda.

Richard and Jenni Medlam could be the youngest grandparents in the UK

Perkara ini terjadi setelah anak perempuan mereka, Charmaine yang berusia 16 tahun melahirkan bayi perempuan yang bernama Isla-May pada bulan Jun lalu

Jenni and Richard's daughter Charmaine with baby Isla-May

Jenni yang sebelum ini mengandungkan Charmaine pada usia 17 tahun, nekad menyokong kehamilan anaknya itu.

 

Portal The Sun UK melaporkan, nenek muda itu mengakui ramai beranggapan Isla-May adalah anak mereka, apabila dia dan suami membawa cucunya berjalan-jalan.

 

“Ketika kami keluar bersama-sama dengan Isla, semua orang menganggap dia adalah anak saya dan Richard.

 

Ketika Charmaine pertama kali memberitahu ibu bapanya dia hamil, Jenni yang berusia 33 tahun ketika Isla-May dilahirkan, mengakui dia ‘benar-benar terkejut’.

 

Namun, selepas itu, mereka dapat menerimanya.

 

“Menjadi datuk dan nenek muda bermaksud anda mempunyai lebih banyak masa untuk menyayangi cucu anda dan mempunyai masa lebih lama untuk menghargainya,” katanya.

 

Jenni tidak mahu anak perempuannya mempunyai pengalaman yang sama seperti dia dan berjanji akan menyokong Charmaine.

Jenni and grandaughter Isla-May

“Saya tahu bagaimana perasaan Charmaine apabila dia hamil.

 

“Tetapi saya memberitahunya itu keputusannya dan saya akan menyokongnya. Sejak hamil, Charmaine berubah menjadi dewasa.

 

“Dia adalah ibu yang luar biasa dan saya fikir ia menjadikan ikatan antara Charmaine dan saya lebih kuat. Saya rasa dia lebih menghormati saya sekarang sebagai ibunya,” katanya.

 

Charmaine bersama pasangannya yang juga bapa bayi itu, tinggal bersama Jenni dan Richard.

Post a Comment