Penangan ‘Hometown Cha-Cha-Cha’, Rumah Dalam Drama Diserbu Peminat! – Manis Madu
Penangan ‘Hometown Cha-Cha-Cha’, Rumah Dalam Drama Diserbu Peminat

Penangan ‘Hometown Cha-Cha-Cha’, Rumah Dalam Drama Diserbu Peminat!

Populariti drama Korea Hometown Cha-Cha-Cha nampaknya memberi kesan kepada kawasan lokasi penggambaran apabila tempat berkenaan mula dikunjungi peminat drama tersebut.

Namun, masalah yang membimbangkan pihak produksi apabila rumah penduduk yang disewa untuk lokasi penggambaran diserbu peminat sehingga pemilik rumah berkenaan merasa terganggu.

 

Pihak produksi drama yang dibintangi oleh Kim Seon Ho dan Shin Min Ah itu turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hal itu.

 

“Hello, kami tim produksi Hometown Cha-Cha-Cha. Kami berterima kasih kepada peminat yang menonton drama ini dan kami ingin membuat satu permintaan berkaitan kunjungan ke lokasi penggambaran” ujarnya seperti dipetik Soompi.

Pihak produksi memberitahu rumah yang digunakan untuk watak Hyejin, Doo Shik dan Cho Hee yang disewa untuk penggambaran kini diduduki semula oleh pemilik rumah tersebut.

 

Tambah produksi, tuan rumah memberi kerjasama yang baik dengan membenarkan mereka melakukan penggambaran di sana, namun kini mereka berasa kurang senang dan terganggu dengan kunjungan orang ramai.

 

“Mereka membantu drama kami dengan niat baik tapi ketika ini mereka mengalami gangguan dalam kehidupan harian kerana ramai pengunjung,” ujar produksi dalam satu kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shinmina (@illusomina)

Pihak produksi juga meminta pengunjung melawati lokasi lain yang merupakan lokasi umum yang ikonik dengan drama ini seperti patung sotong di pasar Cheongha dan kapal di Sabang Memorial Park.

 

“Bagi yang ingin membuat foto kenangan untuk drama ini, kami mohon anda tidak memasuki rumah-rumah ini. Anda boleh berkunjung di lokasi awam yang masih teguh berdiri di tempat sama.

Post a Comment