“Usaha Jangan Malas” Dato Seri Vida Dikecam Teruk Kerana Menyindir!
Di sebalik kata-kata positif berkaitan kempen bendera putih, ada pula individu yang merendahkan golongan yang menerima bantuan dari kempen berkenaan.
Jutawan Kosmetik Dato Seri Vida dikecam teruk berkaitan video yang dimuat naik menerusi laman sosial TikTok miliknya kerana berbentuk sindiran.
@datoserividaofficialReply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT
Dia membuat video itu pada awalnya bertujuan untuk menjawab soalan salah seorang pengikutnya di TikTok yang meminta Dato Seri Vida memberi sedikit sumbangan disebabkan pendapatannya yang terjejas.
Dato Vida kemudian membalas dengan menyuruh individu berkenaan untuk berusaha mencari pendapatan sendiri dan jangan hanya mengharapkan bantuan bendera putih.
“Janji ada keinginan janji ada usaha dan yang pentingnya kena menu sedap dan bersih” – Dato Seri Vida
“ Usaha! Jangan malas mengharap bendera putih je” – Dato Seri Vida
Video berkenaan telah mendapat tontonan lebih setengah juta dan komen yang beribu.
Mengikut salah seorang pengikutnya di TikTok, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana beranggapan ada sesetengah orang ada keinginan untuk berniaga tetapi kekurangan modal.
“Saya tidak setuju dengan dato, keinginan tu ada tapi modal tak ada. Bukan semua orang mampu. Orang kaya tak nak bantu dah bendera putih ni dari rakyat kepada rakyat”.
Pengikut-pengikutnya yang lain juga ada memberikan komen terhadap video berkenaan.
“Bila doh kaya gini pulok mulut. Kalau tak nak sedekah takyah banyak bunyi. Duk diam-diam”.
“Jangan sombong sangat dato. Allah kalau nak Tarik nikmat kekayaan awak tu kejap je roda tu sentiasa berputar”.
Apa-apa pun sebagai rakyat yang prihatin, selagi boleh bantu korang bantulah seikhlas dan semampu yang mungkin.