Kilang Kimia Di Thailand Meletup! 1 Maut Puluhan Lagi Cedera – Manis Madu
Kilang Kimia Di Thailand Meletup! 1 Maut Puluhan Lagi Cedera

Kilang Kimia Di Thailand Meletup! 1 Maut Puluhan Lagi Cedera

Sebuah kilang kimia berhampiran ibu negara Thailand, Bangkok mengalami letupan dan kebakaran besar pada awal pagi hari Isnin.

 

Menurut video yang dimuat oleh South China Morning Post di laman Youtube mereka, seramai satu orang telah terkorban di dalam letupan dan kebakaran besar tersebut manakala 62 lagi mengalami kecederaan.

Letupan berkenaan menggegarkan kilang pembuatan busa plastik sekitar jam 3:00 pagi waktu tempatan di daerah Bang Phli, daerah Samut Prakan sehingga menyebabkan kebakaran besar.

 

Punca sebenar letupan itu bagaimanapun masih belum  dapat dikenalpasti.

 

Letupan itu dilaporkan berlaku di kilang Ming Dih Chemical , sebuah syarikat yang ditubuhkan di Thailand oleh ahli perniagaan dari Taiwan China pada tahun 1989 dan menyebabkan kerosakan pada 10 kilang dan kawasan perumahan berdekatan.

 

Kejadian berkenaan bagaimanapun disyaki berpunca dari bahan kimia mudah terbakar styrene monomer yang disimpan di kilang.

 

Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terbabit telah dipindahkan  ke tempat perlindungan sementara di daerah timur.

 

Kementerian Kesihatan Awam Thailand memaklumkan bahawa pegawai  kesihatan telah pergi ke tempat perlindungan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk setempat.

 

Pemeriksaan tersebut dilakukan kerana bimbang bahan kimia yang dikeluarkan oleh api boleh mempengaruhi sistem pernafasan.

Post a Comment