Usaha Murni Sekumpulan Wanita Dikritik, Khabarnya Kerana Perbezaan Parti Politik? – Manis Madu
Usaha Murni Sekumpulan Wanita Dikritik

Usaha Murni Sekumpulan Wanita Dikritik, Khabarnya Kerana Perbezaan Parti Politik?

Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, sekumpulan wanita telah mengadakan program menyantuni masyarakat di kawasan Tebrau dan Putri Wangsa. Dalam program yang sama, mereka turut menyampaikan bantuan kepada golongan terpinggir, golongan asnaf tegar bandar, ibu tunggal serta OKU.

 

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik kumpulan wanita itu di laman Facebook, mereka juga mengagihkan tuala wanita dan barang keperluan lain kepada orang ramai.

Wanita Keadilan Johor-program menyantuni masyarakat Parlimen Tebrau dan juga Dun Putri Wangsa 01

Sumber gambar: Facebook

Namun, timbul kontroversi apabila terdapat komen yang mengkritik usaha murni tersebut dengan melemparkan tuduhan bahawa kumpulan wanita tersebut tidak tahu malu kerana memberikan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.

 

“Sambut Hari Wanita bagi Modes tepi jalan ke? Mana maruah kau? Mana Melayu kau? Benda kau letak dekat alat sulit lepas tu kau boleh bagi dekat tepi jalan macam itu sahaja,” tulis sebuah kumpulan politik.

 

Rata-rata netizen mengutuk dakwaan laman kumpulan politik tersebut serta menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah tidak ada modal lain untuk mencari kesalahan orang lain.

 

Netizen juga berpandangan, pihak yang membuat dakwaan tersebut juga perlu tahu bahawa masih ramai kaum wanita di negara ini yang tidak mampu membeli keperluan asas seperti tuala wanita kerana desakan hidup.

natracare ultra pads

“Ini bukan soal maruah tapi pernah ke kita ambil tahu yang ramai wanita di luar sana sebenarnya tak mampu nak beli keperluan seperti tuala wanita. Simply making assumptions tak baik macam ni. memalukan dan tak membawa apa-apa benefit. Sekali lagi, cuba fikir perasaan wanita lain.”

 

Betul, setuju sangat dengan apa yang diperkatakan rata-rata netizen!

Post a Comment