Usahawan Wanita, Siti Zaharah Bina Kolam Air Gunung ‘Halang’ Abang Kerja Di Bandar – Manis Madu
Usahawan Wanita, Siti Zaharah Bina K

Usahawan Wanita, Siti Zaharah Bina Kolam Air Gunung ‘Halang’ Abang Kerja Di Bandar

Zaman sekarang, untuk mencari punca pendapatan melalui berniaga, apa sahaja boleh diusahakan. Asalkan kreatif dalam memasarkan perkhidmatan atau produk, pasti akan mendapat sambutan.

 

Begitu juga dengan kisah seorang usahawan wanita yang mengusahakan kolam renang yang dibina sendiri di hadapan rumah keluarga. 

 

Menurut perkongsian @fyzara_hq di laman TikTok, selain menjadi punca pendapatan, kolam renang tersebut dibina untuk menarik kanak-kanak di kampung untuk beriadah.

“Niat saya nak abang dengan kakak ipar ada perniagaan dekat kampung, sebab mereka duduk dengan mak di sana. Jadi saya tanya abang, apa rancangannya? Saya tak nak abang keluar kerja di luar bandar memandangkan adik beradik lain dah tinggal di bandar.

 

“Abang kata dia nak buat kolam mandi sebab budak-budak sekarang ‘liat’ nak balik kampung sebab tak ada WiFi dan bosan, jadi saya terus tunaikan impian dia,” katanya yang memiliki sebuah butik di ibu negara.

kolam 2 (1)

Difahamkan, berbekalkan duit yang disimpannya untuk membeli rumah, Siti Zaharah kemudian menggunakan tabungannya sebagai modal untuk membina kolam tersebut.

 

“Allah bagi kami sedikit ujian, rumah kami lambat siap jadi saya buat keputusan ambil duit tu untuk buat kolam mandi. Kolam tu akan diuruskan abang dan kakak ipar saya dan Alhamdulillah kolam dan rumah saya pun siap,” katanya.

 

Kolam bersaiz dewasa itu mempunyai kedalaman hampir 2 meter, 15 meter lebar dan 18 meter panjang manakala kolam kanak-kanak pula mempunyai kedalaman 0.8 meter dengan keluasan 20 kaki persegi.

 

Proses pembinaan kolam tersebut difahamkan mengambil masa sekitar tiga ke empat bulan.

 

Tambah Siti Zaharah lagi, apa yang menarik mengenai kolam tersebut adalah airnya yang sangat sejuk dan menyegarkan.

@fyzara_hq Reply to @johanjahari Nah tanpa lagu.. Baru nak feeling2 tau 😂😂#viral #foryoupage #fyp ♬ original sound – Fyzara_hq

“Maklumlah air dari gunung, paling best untuk mereka yang tidak sihat, lemah atau tak boleh tidur. Akan rasa tenang…air semulajadi kan.

 

“Air tu nampak hijau tapi sebenarnya sangat-sangat jernih dan boleh relaks dan tengok kehijauan alam,” ujarnya.

Post a Comment