Vavavoomkan Rutin Mekap! Pastikan Maduners Guna Berus Solekan Yang Betul – Manis Madu
Pastikan Maduners Guna Berus Solekan Yang Betul

Vavavoomkan Rutin Mekap! Pastikan Maduners Guna Berus Solekan Yang Betul

Perempuan dan make-up semestinya tak boleh dipisahkan. Tetapi sejauh mana pengetahuan kita tentang berus yang kita gunakan?

 

Madu sendiri pun kadang-kadang jadi confuse kenapa banyak sangat berus dan bentuk yang berbeza.

Jadi untuk kali ini, Madu nak kongsikan bersama dengan Maduners di luar sana tentang jenis berus dan fungsinya.

1. Berus foundation

Foundation brush

Digunakan untuk meletakkan bedak asas ataupun krim di bahagian muka dan meratakannya.

 

Berus ini juga alternatif untuk meletakkan bedak asas di bahagian bawah mata untuk menghilangkan eye bag.

2. Beauty blender

purple-black-and-pink-makeup-blenders

Span lembut ini berfungsi untuk meratakan bedak asas terutama di bahagian bawah mata dan tulang pipi.

 

Untuk hasil yang lagi meletopz, Maduners boleh basahkan beauty blender dengan sedikit air dan tekap pada bedak asas.

3. Berus highlighter

Berus highlighter

Sumber Gambar: Marie Claire

Kalau berus yang besar ini pula, sesuai untuk kita letak bronzer dan pemerah pipi di sekitar bahagian tulang hidung dan tulang pipi.

 

Kalau rasa ada bahagian yang tebal boleh pakai berus ini untuk hilangkan lebihan solekan pada wajah.

4. Berus concealer

774-the-airbrusher-double-ended-concealer-brush--CORE-misc-alt-1_ALT

Sumber Gambar: tartecosmetics.com

Letakkan titik-titik kecil concealer pada wajah dan gunakan berus ini untuk menutup cela yang ada.

 

Lipstick di bibir rasa kurang kemas? Boleh juga gunakan berus ini untuk bersihkan pada bahagian tepi yang tidak kemas.

5. Berus contouring

Sumber Gambar: www.watsons.com.my

Bentuk berus yang condong memudahkan tugas Maduners untuk membentuk tulang pipi dengan bedak yang sedikit gelap.

 

Selain pada wajah, Maduners juga boleh gunakan berus contouring untuk contour di bahagian kulit lain serata badan seperti leher dan dada.

6. Berus eye-shadow

eye shadow brush

Sumber Gambar: www.maccosmetics.com.my

Ratakan pembayang mata tak kisah sama ada serbuk ataupun krim.

 

Mahukan bawah mata yang lebih smokey? Layangkan garisan bawah mata menggunakan berus ini. Hasilnya mesti vavavoomm.

7. Berus eye-liner

eyeliner brush

Sumber Gambar: www.chriszen.com

Bagi menampakkan kening lebih lebat, Maduners boleh juga gunakan berus ini untuk menambah kesan hitam selain berfungsi untuk melukis garisan pada mata.

8. Berus Powder

Sumber Gambar: www.watsons.com.my

Selain berfungsi untuk meratakan loose powder, ianya juga boleh digunakan untuk memerahkan pipi dengan blusher.

9. Berus bibir

bb_sku_lip brush

Sumber Gambar: www.bobbibrown.com.my

Mesti Maduners sebelum ini pakai lipstick terus letak pada bibir kan? Mungking hasilnya boleh jadi kurang memuaskan.

 

Solusi? Gunakan berus bibir dan letakkan pada lipstick dan ratakan. Hasilnya pasti akan nampak lebih halus dan memenuhi ruangan tanpa comot.

10. Berus kening

Sumber Gambar: www.chanel.com

Berus kening ini terbahagi kepada dua bahagian. Berus pada bahagian pertama adalah untuk meratakan lukisan/garisan yang telah dilukis pada kening.

 

Manakala berus yang kedua adalah untuk meratakan arah kening supaya nampak lebih tersusun dalam satu arah.

11. Berus kipas

Fan_Brush

Sumber Gambar: www.sephora.my

Sebelum kita tamatkan dengan setting spray, buang dulu lebihan bedak yang tidak melekat menggunakan berus kipas ini.

 

Bahagian halus berus kipas ini juga membolehkan Maduners untuk meletakkan loose powder.

Kita dah tahu fungsi bagi setiap berus, jadi lepas ini jangan terus boleh terus apply bila pakai solekan, baru meletopzzzz!

 

Selamat mencuba!

Post a Comment