Viral: ‘Acah-acah’ Kenal, Rupanya Nak Lari Dari Situasi Bahaya! – Manis Madu
Acah-acah Kenal, Rupanya Nak Lari Dari Situasi Bahaya

Viral: ‘Acah-acah’ Kenal, Rupanya Nak Lari Dari Situasi Bahaya!

Pernah tak berlaku kepada Maduners, situasi seperti tiba-tiba ada orang menyapa dan ‘acah-acah’ mesra dengan kita seperti kenalan lama?

 

Jangan terkejut dan takut kerana berkemungkinan itu adalah salah satu cara mereka melepaskan diri dari situasi bahaya!

 

Seorang pemuda di laman Twitter telah berkongsi pengalamannya yang pernah berada dalam situasi yang Madu sebutkan tadi.

 

Menurut @nabilfikran10, ketika itu dia sedang membeli belah di sebuah pasaraya di mana secara tiba-tiba seorang wanita berbangsa India menegurnya dan bertanya tentang barangan yang dibeli.

 

Nabil berkata, dia berbual agak lama bersama wanita tersebut sebelum dimaklumkan bahawa ada orang yang mengekori wanita itu dan dia sebenarnya dalam ketakutan.

Oleh kerana itu juga wanita berkenaan mengambil tindakan untuk ‘pura-pura kenal’ dengan mengajaknya berbual sebelum yakin berada dalam keadaan selamat.

 

Melalui perkongsian tersebut, ruangan komen dipenuhi dengan cerita yang lebih kurang sama daripada warganet.

SS_SS15 LRT Escalator

“Saya ada pengalaman yang sama. Ketika itu saya dan rakan saya berada di escalator sebelum seorang gadis datang dan mula berjalan dengan kami. 

 

“Kami layankan saja dan ternyata dia telah diekori oleh lelaki yang pelik dari Kuala Lumpur ke Subang! Wanita dah tak selamat di mana-mana,”

SS_minta tolong lelaki pura2 jadi boyfriend

“Saya pernah mintak tolong lelaki pura-pura jadi boyfriend saya sebab masa tu nak cucuk duit and ada lelaki follow belakang. Lelaki tu tolong cover saya and hantar saya sampai selamat ke kereta,”

 

Madu pun tak pernah terfikir untuk buat cara ini jika berada dalam keadaan tidak selamat. Mungkin selepas ini jika Maduners berasa terancam, boleh cuba berbuat sedemikian.

 

Begitu juga jika kita didekati oleh orang yang tidak dikenali, mungkin mereka memerlukan bantuan dan merasa terancam.

Post a Comment