Wajah Jisoo Blackpink Jadi Pilihan Pakar Bedah Plastik Sebagai Rupa Paras Paling Sempurna!
Wajah serta penampilan menarik selebriti Korea menjadi kegilaan di serata tempat! Hatta di Malaysia, pengaruh selebriti Korea sangat kuat sehingga ada yang sangat mengagumi mereka.
Bermata bundar dan memiliki struktur wajah yang menarik, salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dikatakan memiliki rupa paras sempurna dan cantik menurut pandangan pakar bedah plastik terkenal di Korea Selatan, Dr Min Hee.
View this post on Instagram
Dr Min berkata, wajah Jisoo, 26, merupakan antara pilihan utama yang akan disyorkan kepada para pelanggan yang ingin melakukan pembedahan plastik.
Menariknya, Jisoo dipercayai tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik sepanjang penglibatannya dalam bidang seni kecuali melakukan pemasangan veneer pada giginya untuk tampil lebih yakin dan menawan.
Sebelum ini, wajah cantik ahli kumpulan Twice, Tzuyu, 22, mendapat permintaan ramai daripada pelanggan di Jepun yang ingin meniru rupa parasnya.
View this post on Instagram
Kedua-dua Tzuyu dan Jisoo dikatakan tidak pernah melakukan pembedahan plastik kerana pihak pengurusan mereka, YG dan JYP Entertainment melarang mana-mana artis bawah naungan mereka melakukan perkara itu.