Wajah Yuna Jadi Penghias Muka Depan Majalah Vogue Singapura!
Penyanyi kelahiran Malaysia yang melebarkan bakat seninya di Amerika Syarikat (AS), Yuna terus mencipta nama di persada antarabangsa apabila dipilih menjadi penghias muka depan majalah fesyen terkenal Singapura, Vogue Singapore.
View this post on Instagram
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Binti Mat Zarai telah dipilih sebagai ‘cover girl’ untuk majalah fesyen antarabangsa itu bagi keluaran bulan April 2021. Edisi tersebut membawakan tema ‘rhythm’.
Menurut laporan portak Buzzkini, gambar muka depan majalah itu memaparkan Yuna memperagakan pakaian daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, Khoon Hooi manakal jurufoto terkenal, Chee Wei adalah individu mengambil gambar berkenaan.
Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga menceritakan tentang perjalanan karier muziknya yang membawanya ke peringkat antarabangsa.
Sebelum ini, platun lagu Crush itu juga pernah menghiasi liputan fesyen dalam majalah antarabangsa yang lain seperti Vogue Arabia, InStyle dan Nylon. Hebat!
Majalah Vogue Singapore edisi April 2021 ini boleh didapatkan di kedai-kedai buku bermula 1 April.