Ariana Grande Ambil Alih Kerusi Nick Jonas, Bakal Jadi Juri The Voice – Manis Madu
Ariana Grande Ambil Alih Kerusi Nick Jonas, Bakal Jadi Juri The Voice

Ariana Grande Ambil Alih Kerusi Nick Jonas, Bakal Jadi Juri The Voice

Menurut laporan CNN, penyanyi Ariana Grande mengumumkan penyertaannya sebagai salah seorang juri program realiti nyanyian terbitan NBC, The Voice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)

Perkara itu diumumkan platun lagu Thank You, Next itu menerusi laman Twitter miliknya. Khabarnya, Ariana bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nick Jonas.

“Kejutan! Saya sangat teruja, berbesar hati dan gembira dapat menyertai Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton untuk musim terbaharu The Voice.

 

“Kami akan merindui anda Nick Jonas,” kata Ariana.

 

Berhubung perkara itu, John turut memuat naik ciapan mengalu-alukan kehadiran Ariana ke keluarga The Voice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NICK JONÉ…S (@nickjonas)

Selain Nick, antara bekas juri yang pernah menyertai rancangan tersebut sebelum ini ialah Gwen Stefani, Christina Aguilera, Adam Levine, Usher, Ceelo Green dan Miley Cyrus.

Post a Comment