Wani Comel Meninggal Dunia Kerana Covid-19 – Manis Madu
Wani Comel Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Wani Comel Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan dikenali sebagai Wani Comel disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam tadi.

 

Menurut laporan, Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Kawan baiknya, dikenali sebagai Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama kira-kira pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.

 

Kisah sedih itu telah dikongsi di laman Instagram @wanicomel20, apabila ibu kepada Putri Nur Rabiatul memuat naik satu hantaran memaklumkan tentang perkara itu.

 

β€œSaya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @ Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 pm tarikh 18 Ogos 2021.

 

β€œWani pergi di hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid-19. Allahuakbar Allahuakbar.

 

β€œSayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama. Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.

Difahamkan, Wani juga telah menerima vaksin lengkap kira-kira seminggu lalu.

 

Sebelum ini Wani pernah tular kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tuduhan teraniaya dan dimanipulasi.

 

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

 

Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Post a Comment