Wanita Anti-Vaksin Maut Akibat Covid-19, Pesanan Terakhir Suruh Anak Dapatkan Vaksin – Manis Madu
Wanita Anti-Vaksin Maut Akibat Covid-19, Pesanan Terakhir Suruh Anak Dapatkan Vaksin

Wanita Anti-Vaksin Maut Akibat Covid-19, Pesanan Terakhir Suruh Anak Dapatkan Vaksin

Seorang wanita Texas, Amerika yang sebelum ini menolak vaksin kini berubah fikiran dan memberi pesanan terakhir kepada 4 orang anaknya yang lain untuk mengambil vaksin sebelum dia meninggal dunia akibat Covid-19.

 

Wanita yang dikenali Lydia Rodriguez, 42, difahamkan meninggal dunia dua minggu selepas suaminya Lawrences, 49, maut disebabkan wabak yang sama.

 

Menurut laporan The Washington Post, Lydia sebelum ini berpendapat bahawa badannya cukup kuat untuk melawan penyakit corona virus tanpa perlu divaksin. 

 

Selepas dia dan ahli keluarganya positif Covid-19, dia berubah fikiran dan meminta doktor untuk memberikannya suntikan vaksin tetapi doktor memaklumkan bahawa ia sudah terlambat.

 

Sepupunya, Dottie Jones bagaimanapun memberitahu, ibu kepada empat orang anak itu juga meminta keluarganya berjanji untuk mendapatkan vaksin semasa panggilan terakhir mereka.

 

“Pastikan anak-anak saya mendapat vaksin” – Lydia.

 

Sementara itu, Dottie Jones menasihati orang ramai yang ragu-ragu mengenai vaksin untuk berbincang dengan doktor dan mendapatkan maklumat dari sumber yang dipercayai.

 

“Ini benar-benar berlaku pada keluarga kami dan ini adalah kisah benar tentang apa yang berlaku. Saya tidak berniat untuk menakut-nakutkan sesiapa. Saya cuma mahu orang lain tahu bahawa virus ini memang nyata dan varian Delta ini lebih kejam” – Dottie Jones.

 

Di Texas, varian Delta kini menjadi dominan dan jumlah kematian melonjak dengan banyak dan ramai dari kalangan mereka yang belum menerima vaksin.

Post a Comment