Wanita Berusia 100 Tahun Dipuji Terima Vaksin Di PPV Sook! – Manis Madu
Wanita Berusia 100 Tahun Dipuji Terima Vaksin Di PPV Sook

Wanita Berusia 100 Tahun Dipuji Terima Vaksin Di PPV Sook!

Seorang wanita berusia 100 tahun adalah antara 78 penerima pertama vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kecil Sook, Sabahi, yang dibuka bermula semalam, lapor Harian Metro.

 

Inan Kuyinin Balansing, dari Kampung Kabatang Baru, Tulid diberikan vaksin sebaik sahaja menghadiri sesi janji temu penyakit tidak berjangkit (NCD) di Klinik Kesihatan Sook.

Kehadiran Kuyinin menarik perhatian petugas PPV dari Klinik Kesihatan Sook yang kemudian memuat naik gambar dan catatan ringkas mengenai program imunisasi di PPV berkenaan melalui laman Facebook klinik terbabit.

 

Hantaran mengenai warga tua berkenaan mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata memuji wanita itu kerana tampil menerima vaksin selain mengagumi kesihatannya hingga mampu mencapai usia seabad.

 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin, ketika meninjau PPV berkenaan semalam berkata, pembukaan PPV itu adalah antara langkah proaktif kerajaan bagi memastikan rakyat luar bandar mendapat vaksin Covid-19 secepat mungkin.

 

PPV Sook yang beroperasi di Dewan Masyarakat Sook memudahkan penerima vaksin dari sekitar daerah kecil itu.

 

Malahan juga memudahkan mereka yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tulid hadir ke pusat vaksin berkenaan berbanding ke PPV di pekan Keningau yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Sook.

 

Sook dan Tulid yang berada dalam Parlimen Pensiangan adalah antara kawasan di pedalaman Sabah yang ramai penduduknya tinggal di perkampungan terpencil dan masih berdepan masalah perhubungan.

Post a Comment