Wanita Cedera Parah Dipukul Teman Lelaki Guna Tukul Besi – Manis Madu
Wanita Cedera Parah Dipukul Teman Lelaki Guna Tukul Besi

Wanita Cedera Parah Dipukul Teman Lelaki Guna Tukul Besi

Pada Mac yang lalu seorang wanita difahamkan mengalami kecederaan parah kerana dipukul oleh teman lelakinya dengan menggunakan sebatang tukul besi, di Taman Desa.

 

Menurut Bernama, tertuduh Mohd Izham Hiffnie Mahadir, 38 yang juga merupakan seorang pelayan restoran bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib di Mahkamah Seksyen semalam.

 

Mohd Izham didakwa dibawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika disabit kesalahan kerana sengaja mencederakan teman wanitanya Norzalizawati Md Nor, 41, dengan tukul besi sehingga mangsa mengalami kecederaan parah. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 Malam pada 3 Mac yang lalu.

 

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan tiada ahli keluarga tertuduh hadir ke mahkamah untuk menjaminnya.

 

Pihak mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mei ini.

Post a Comment