Wanita Ditemui Rentung Dicam Menerusi Parut Kaki – Manis Madu
Wanita ditemui rentung

Wanita Ditemui Rentung Dicam Menerusi Parut Kaki

Seorang wanita dikenali sebagai Che Janiah Jaafar, 55, ditemui rentung di kawasan belukar Jalan Kuala Terengganu pada April lalu.

 

Mangsa yang rentung hampir sebulan yang lalu dicam oleh anaknya melalui kesan parut pada bahagian kaki mangsa.

 

Menurut laporan Kosmo, anak sulung mangsa, Wan Mahisyamri W.Abd.Manan, 39, bersama enam adik beradiknya yang lain lebih menyakini itu adalah mayat ibunya apabila melihat jari kaki kanan yang berinai pada si mangsa.

 

“Ibu memang mempunyai kesan parut lama pada kaki kanan selain dia baru sahaja berinai tidak lama selepas dilaporkan hilang pada 16 April lalu”.

 

Semasa menuntut mayat ibunya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini, anak sulung mangsa memberitahu bahawa keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan Jumaat lalu sudah pun mengesahkkannya.

 

 

Bagaimanapun, dia dan adik beradinya yang lain tidak akan pernah menerima perbuatan kejam yang telah dilakukan ke atas arwah walapun mereka sudah reda dengan pemergianya.

 

Dia malah berharap pembunuh ibunya dibawa ke muka pengadilan sekali gus menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya.

 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, perintah tahan reman ke atas dua suspek berusia 30 dan 60-an itu disambung sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Sumber Gambar: Kosmo

Post a Comment