Wanita Jangan Abaikan Pengambilan Asid Folik, Bayi Berisiko Derita ‘Spina Bifida’ – Manis Madu
Bayi Berisiko Derita Spina Bifida

Wanita Jangan Abaikan Pengambilan Asid Folik, Bayi Berisiko Derita ‘Spina Bifida’

Maduners tahu tak apa itu asid folik? Antara perkara yang sangat penting dan perlu diamalkan bagi ibu hamil!

 

Asid folik adalah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan amat disarankan agar ibu atau wanita yang merancang kehamilan untuk mengambilnya. Suami juga digalakkan untuk mengambil asid folik! Ia bertujuan untuk memperbaiki kualiti sperma.

 

Meskipun begitu, masih ramai yang kurang cakna tentang keperluan pengambilannya dan hanya menunggu sehingga anak selamat dilahirkan.

 

Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di laman Twitter, sangat menyedihkan melihat keadaan bayi yang mengalami ‘Spina Bifida’ iaitu salah satu masalah kesihatan melibatkan pembentukan tulang belakang akibat kecuaian ibu tidak mengambil asid folik mengikut keperluan.

Mereka berselindung di sebalik, sumber vitamin daripada buah dan sayuran sudah mencukupi sedangkan bantuan daripada suplemen jauh lebih berkesan dalam mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

 

Haa, bukan masalah saraf tunjang terkeluar di tulang belakang sahaja boleh berlaku, terdapat beberapa komplikasi lain juga berisiko terjadi tau!

Antaranya, pembentukan lubang pada kepala yang mana otak akan terkeluar melalui ruang sama. Bayi juga berisiko untuk lahir tanpa otak atau tempurung kepala. Ngerinya!

 

Jadi, untuk para ibu dan bakal ibu, jangan sesekali abaikan pengambilan asid folik okay?

Post a Comment