Wanita Kahwin Dengan Penyimbah Asid – Manis Madu
Wanita Kahwin Dengan Penyimbah Asid

Wanita Kahwin Dengan Penyimbah Asid

Seorang wanita di Turki mengejutkan keluarganya apabila berkahwin dengan bekas teman lelaki yang menyebabkan wajahnya cacat seumur hidup.

asid 2 (1)

Menurut laporan, Berfin Ozek, 20, hilang wajah aslinya dan hanya dapat melihat 30 peratus selepas diserang Casim Ozan Celtik, 23, dengan asid pada 2019 disebabkan berang hubungan mereka berakhir.

 

Insiden itu dilapor kepada polis dan keluarga Berfin menuntut pembelaan hingga mahkamah daerah Iskenderun memutuskan hukuman penjara 13 tahun dan enam bulan ke atas Celtik.

 

Namun, rayuan kemaafan berterusan Celtik selain, janji untuk terus mencintai Berfin akhirnya membuka hati wanita itu untuk menerimanya kembali.

 

Berfin bahkan memaklumkan kepada polis untuk menarik kembali aduannya dengan alasan, “saya sangat mencintainya dan dia juga mencintai saya.”

 

Celtik dibebaskan lebih awal berikutan perubahan undang-undang, yang ditambah pertukaran dibawa pandemik Covid-19.

Post a Comment