Wanita Rusia Koma Diserang 10 Ekor Anjing – Manis Madu
Wanita Rusia Koma Diserang 10 Ekor Anjing

Wanita Rusia Koma Diserang 10 Ekor Anjing

Seorang wanita Russian berumur 20 tahun yang berkerja sebagai jurusolek koma selepas diserang oleh sekumpulan anjing liar yang turut merobek badan, pakaian serta mukanya.

Tatyana Loskutnikova

Sumber Gambar: torontosun.com

Wanita terbabit mengalami nasib malang pada Rabu lalu ketika dia sedang berjalan melalui bandar Ulan-Ude, Moscow, Timur Serbia yang kemudiannya kira-kira 10 ekor anjing menyerangnya sebelum penduduk sekitar mendengar jeritan serta memberikan pertolongan.

 

Tatyana Loskutnikova kini berada dalam keadaan koma sebelum dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah serta kehilangan banyak darah dari kejadian tersebut.

 

Berita hiba ini turut dikongsikan oleh keluarga Loskutnikova yang menyatakan bahawa wajah wanita terbabit mengalami kerosakan yang teruk.

 

Ketua doktor di Hospital Klinik Republik yang merawat mangsa, Dr Igor Shpak, berkata, kini mangsa dirawat hospital berkenaan.

 

“Banyak luka gigitan pada wajah, badan, dan anggota badan dengan peratusan kerosakan sangat tinggi. Tekanan darahnya sangat rendah,” jelasnya.

 

Alexandra Andreevna, antara penduduk tempatan yang memberi bantuan kepada mangsa itu menceritakan ketika kejadian dia mendengar salakan anjing dan jeritan mangsa yang amat kuat.

 

“Saya melihat sekumpulan anjing dan seekor anjing terbaring di tanah. Terdapat kira-kira 10 anjing, mungkin lebih banyak lagi,” katanya.

 

Tambah Andreevna, dirinya memberi pertolongan dengan memukul anjing-anjing gila itu menggunakan tongkat yang ketika itu mangsa tidak lagi menjerit.

 

“Kami mengheret mangsa ke rumah saya. Tubuhnya digigit di beberapa tempat hingga ke tulang. Mukanya juga digigit, berlumuran darah termasuk mata,” jelasnya.

The scene of the wild dog attack in Russia

Sumber Gambar: www.news.com.au

Polis kemudiannya mengambil keputusan menembak kesemua 10 ekor anjing tersebut kerana dikhuatiri anjing-anjing tersebut dijangkiti penyakit rabies.

 

Maduners, sila berhati-hati di luar sana terutamanya pada musim cuti ini.

Post a Comment