Wanita Tetapkan Syarat Tak Masuk Akal Jika Mahu Bercinta Dengan Anaknya! – Manis Madu
Wanita Tetapkan Syarat Tak Masuk Akal Jika Mahu Bercinta Dengan Anaknya

Wanita Tetapkan Syarat Tak Masuk Akal Jika Mahu Bercinta Dengan Anaknya!

Seorang gadis membuat satu perkongsian dalam aplikasi TikTok dan menjadi tular. Video yang dimuat naik adalah merupakan senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelakinya sebagai syarat untuk bercinta dengan pemuda tersebut.

 

Menurut laporan akhbar The Mirror, wanita yang hanya dikenali sebagai Emma itu memberitahu, dia membaca senarai menakutkan itu di laman Instagram bakal mentuanya. Wanita itu memberikan pelbagai amaran jika mahukan hubungan dengan anak lelakinya berkekalan.

senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelaki-02

“Saya dapat rasakan dia tidak sukakan saya,” tulis Emma pada status berkenaan.

 

Antara peraturan yang tersenarai adalah ‘dia anak emak, jika anda bukan isterinya, maka pendapat anda tentang perkara ini adalah tidak penting’.

 

Wanita itu turut memberikan amaran bahawa dia boleh ‘mengusir’ mana-mana wanita yang melanggar peraturan itu daripada kehidupan anak lelakinya.

senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelaki-01

Status Emma itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata menasihatinya untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki itu.

 

“Perkara ini akan menjadi lebih teruk di masa hadapan,” tulis seorang pengguna media sosial.

 

“Ini adalah tindakan masuk campur yang keterlaluan bagi seorang ibu dalam kehidupan peribadi anaknya,” komen seorang lagi

Sumber Gambar: The Mirror

Post a Comment