Lazada Malaysia Tawar Penghantaran Percuma Hanya Ambil Masa 24 Hingga 48 Jam Sepanjang Tempoh Lockdown! – Manis Madu
Lazada Malaysia Tawar Penghantaran Percuma Hanya Ambil Masa 24 Hingga 48 Jam Sepanjang Tempoh Lockdown

Lazada Malaysia Tawar Penghantaran Percuma Hanya Ambil Masa 24 Hingga 48 Jam Sepanjang Tempoh Lockdown!

Seiring dengan kenaikan jumlah kes Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang bermula semalam, jangkaan berlakunya kenaikan permintaan bagi bahan makanan semasa lockdown seluruh negara.

 

Dengan itu platform e-dagang Lazada Malaysia menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 hingga 48 jam serta baucar penghantaran percuma harian untuk barangan keperluan.

 

Pembeli dalam talian boleh mengakses dengan mudah bekalan sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, makanan laut, bahan-bahan memasak dan barang keperluan harian dari beribu-ribu kedai runcit tempatan yang disusun khas di halaman Lazada’s Shop From Home.

Ketua pegawai perniagaan Lazada Malaysia Sherry Tan

Menurut laporan The Star, Ketua pegawai perniagaan Lazada Malaysia Sherry Tan melihat rakyat Malaysia semakin terbiasa membeli secara dalam talian untuk keperluan harian setelah lebih dari satu tahun memerangi wabak Covid-19.

 

Ini dibuktikan lagi dengan pembelian barang runcit di Lazada yang meningkat tiga kali ganda dari tahun ke tahun semasa MCO 3.0.

 

Rakyat Malaysia boleh menggunakan baucar penghantaran percuma setiap hari yang disediakan oleh pihak Lazada untuk membeli belah dengan selamat dan bantu mengekang penyebaran Covid-19.

Sumber Gambar: Lazada, TheStar 

Post a Comment