Wanita Warga Emas Bakar Rumah Sendiri Takutkan Pencuri – Manis Madu
Rumah terbakar

Wanita Warga Emas Bakar Rumah Sendiri Takutkan Pencuri

Seorang warga emas di Thailand membakar rumahnya apabila mendapati ada beberapa pencuri cuba memecah masuk ke dalam rumahnya dalam kejadian di daerah Panat Nikhom, wilayah Chonburi, lapor laman berita The Pattaya News semalam.

 

Ketika kejadian, wanita yang berumur 77 tahun itu cuba menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menghidupkan dapur gas dan membakar beberapa barangan di dalam rumahnya.

 

Selepas mempercayai penceroboh tersebut sudah beredar tidak lama kemudian, wanita itu cuba memadamkan kebakaran yang dia sendiri mulakan, namun, api merebak dengan begitu pantas dan seluruh rumah tersebut terbakar.

 

Mangsa kemudian lari keluar dan menghubungi pihak polis dan bomba.

 

Apabila anggota polis dan bomba tiba, mereka menemui wanita itu menunggu dengan tenang di luar kediaman dua tingkat tersebut yang marak dijilat api.

 

Siasatan polis berhubung kes tersebut tidak menemui sebarang bukti pecah masuk, namun ia bukan bermakna pihak berkuasa tidak mempercayai keterangan wanita tersebut.

 

Seorang jurucakap Polis Panat Nikhom berkata, wanita itu masih berdepan tindakan undang-undang kerana kebakaran tersebut sementara siasatan selesai.

 

Ini adalah kerana menurut undang-undang negara itu, mencetuskan kebakaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang walaupun kediaman sendiri.

 

Sumber Featured Image: The Pattaya News

Post a Comment