Warganet ‘Sejuk Mata’ Tengok Santun Elly Mazlein Beraya Di Kampung Mertua – Manis Madu
Warganet ‘Sejuk Mata’ Tengok Santun Elly Mazlein Beraya Di Kampung Mertua

Warganet ‘Sejuk Mata’ Tengok Santun Elly Mazlein Beraya Di Kampung Mertua

Sambutan hari raya tahun ini, Madu yakin pasti semua orang tak lepaskan peluang untuk pulang ke kampung memandangkan dah dua tahun tak dapat balik beraya di kampung.

 

Bukan sahaja rakyat biasa, golongan selebriti juga rancak berkongsi kemeriahan sambutan hari raya masing-masing di kampung.

 

Tidak terkecuali, pengacara dan pelakon popular, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom yang ini merupakan pengalaman pertama menyambut hari raya di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan di Kelantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Baru-baru ini tular di laman TikTok satu video yang dikongsikan oleh seorang netizen menunjukkan Kak Lina tidak kekok bergaul dengan keluarga sebelah suaminya.

Difahamkan melalui video tersebut, Kak Lina ketika itu bertandang ke rumah sepupu suaminya dan dia dilihat begitu manis dan sopan duduk bersimpuh dengan mengenakan baju kurung sambil menikmati juadah raya bersama puterinya, Putri Sara Sefhia.

 

Rata-rata pengguna TikTok memuji cara Kak Lina yang disifatkan sangat merendah diri dan tidak sombong.

 

Ada juga netizen berkongsi pernah bertemu muka dengannya dan mendakwa selebriti itu seorang yang sangat lemah lembut dan mempunyai karakter yang jauh berbeza dengan di atas pentas.

Post a Comment