Wawa Zainal Tunai Impian Anak, Pakai Gigi Palsu Pada Usia 6 Tahun!
Impian anak kedua aktres Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang baru berusia enam tahun untuk memiliki gigi cantik terlaksana apabila keinginannya itu ditunaikan melalui pemakaian gigi palsu.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkata, anaknya melalui prosedur yang sama seperti orang dewasa yang ingin memasang gigi palsu.
Proses berkenaan juga turut dimuat naik di laman Instagram untuk dikongsi kepada umum.
View this post on Instagram
“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi? Untuk Hayla, saya buatkan crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.
“Hayla ditidurkan masa operate buang gigi dan Alhamdulillah selepas dia bangun tiada rasa sakit pun,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa meminta ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah gigi seperti anak-anaknya untuk tidak berasa sedih.
“Anda yang ada anak gigi rosak jangan rasa down. Saya pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. Padahal mereka gosok gigi dua kali sehari…cuma silapnya lambat jumpa doktor gigi sahaja.
“Macam Attar (anak sulung), saya tak pasang gigi memandangkan dia pun dah lapan tahun jadi biar gigi tumbuh sendiri, hanya buang gigi yang dah rosak sahaja,” ujarnya.
Sebelum ini, Wawa dan suami, Aeril Zafrel, 33, pernah menjadi sasaran kecaman netizen kerana keadaan gigi anak mereka yang dikatakan bermasalah.
View this post on Instagram
Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 2 tahun.