#WorldHijabDay?? Apa Itu Hari Hijab Sedunia??
Ramai orang kerap bertanya kepada Sister jika memakai hijab ini menyusahkan tak? Panas tak? Tak leceh ke balut sini sana? Well, memakai hijab ini memang tak menyusahkan, tak panas dan memang tak leceh jika kena dengan cara penggunaan yang betul. Malah, memakai hijab ini sebenarnya sangat selesa dan manis dipandang.
Untuk kali pertama yang memakainya memang akan melalui kesukaran tetapi percayalah bila sekali dah pakai, kita akan lagi suka untuk memakainya. Di dalam platform media sosial, banyak video tutorial dan gambar yang dimuat naik yang boleh kita rujuk untuk mengetahui cara-cara untuk memakainya.
Sumber Gambar: Wallpaperflare.com
“World Hijab Day” ialah hari di mana wanita daripada pelbagai latar belakang dan agama menggalakan diri mereka untuk memakai hijab untuk satu hari. Dengan mengadakan hari tersebut, ia juga melambangkan simbol sokongan untuk Muslim Woman yang memakai hijab.
Photo by Hasan Almasi on Unsplash
Trend di Seluruh Dunia
#WorldHijabDay menjadi trend di seluruh dunia dimana hashtag tersebut digunakan untuk wanita berkongsi pengalaman mereka apabila memakainya. Kebanyakkan daripada mereka menerima maklum balas yang positif tetapi ada juga yang memberi dari segi negatif. Dengan hashtag tersebut, kita dapat mengetahui lagi pengalaman dan cerita mereka apabila memakai hijab. Sesetengah negara banned memakai hijab dan ada juga yang mengatakan bahawa wanita yang memakai hijab akan dipukul dan diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, kita sebagai seorang wanita harus melindungi mereka yang terseksa di luar sana. Kita juga haruslah menghapuskan pemikiran strereotype ini di mana perempuan yang memakai hijab merupakan seseorang yang pengganas.
Ramai selebriti seperti Camila Cabello, Rihanna, Angelina Jolie, Kim Kardashian dan Paris Hilton menunjukkan sokongan mereka untuk memakai hijab. Walaupun mereka bukan islam, akan tetapi mereka menghormati wanita muslim yang memakai hijab. Dengan itu, ini juga dapat menggalakkan mereka yang bukan muslim untuk memakai hijab melalui sokongan selebriti.
Camila Cabello
Camila Cabello wears the hijab at the Sheikh Zayed Mosque after her #RedFestDXB performance. pic.twitter.com/2j1aHA9LUO
— About Her (@AboutHerOFCL) February 16, 2019
Semoga dengan memakai hijab juga kita dapat menyebarkan kesedaran untuk semua wanita diseluruh dunia bahawa pentingnya juga untuk menghapuskan stereotype ini dan melindungi mereka daripada diseksa. Let’s fight for what is right!