1 Maut, 4 Hilang. Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram, Miri
Semoga semua berada dalam keadaan yang selamat. Hari ini tanpa disangka-sangka sebuah kapal penyelenggaraan yang dinamakan Dayang Topaz telah di karam di Kuala Baram, Miri Sarawak awal pagi tadi.
Sumber Gambar: Facebook
Lebih tepat kapal tersebut telah karam di 7.7 batu nautika yang mana telah mengakibatkan seorang maut dan empat orang masih hilang. Bagaimanapun, seramai 121 kru kapal berkenaan berjaya diselamatkan apabila melompat ke dalam laut, manakala 62 lagi masih berada di atas kapal berkenaan.
Sumber Gambar: Facebook
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima maklumat daripada pengendali kapal Sapura Construction, jam 6.45 pagi tadi, melaporkan menerima isyarat kecemasan dari Dayang Topaz.
Sumber Gambar: Facebook
Maklumat yang diterima adalah kapal Dayang Topaz mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal manakala 125 kru lagi sudah terjun ke laut bagi menyelamatkan diri mereka.
Sumber Gambar: Facebook
Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata aset bantuan telah digerakkan ke lokasi berkenaan yang mana membabitkan tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia berpangkalan di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.
Bagi empat individu yang telah hilang daripada kejadian kapal karam ini, misi mencari dan menyelamat iaitu Operasi Carilamat telah dilancarkan bagi menyelamatkan mereka yang hilang.
Sumber Gambar: Facebook
Dipercayai kejadian kapal Dayang Topaz ini karam mungkin disebabkan oleh angin serta imbak yang kuat, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.