Ikon Wanita Malaysia Sempena Hari Wanita 2020 – Manis Madu

Ikon Wanita Malaysia Sempena Hari Wanita 2020

Sempena dengan Hari Wanita 2020, Madu nak kongsi dengan Maduners ikon wanita hebat di Malaysia yang memberikan semangat dan tenaga positif kepada Maduners untuk mencapai impian korang!

1. Neelofa

Nama Neelofa tidak asing lagi di persada fesyen antarabangsa. Neelofa tidak menjadikan kewajipan bertudung dan beragama Islam menghalang dirinya menjadi salah satu nama besar dalam industri hiburan!

 

Neelofa kini mendapat perhatian daripada pelbagai jenama fesyen terkenal antarabangsa seperti Chanel dan Dior dan beliau juga merupakan seorang businesswomen yang berjaya.

2. Sabariah Hussein

Sabariah Hussein dikenali sebagai seorang wanita yang pemurah.

 

Beliau mula dikenali selepas mendapat perhatian orang ramai mengenai usaha beliau memasak untuk lebih 200 orang homeless semasa Ramadan di Kanada!

 

Walaupun sudah berumur 72 tahun, Sabariah Hussein juga menguruskan rumah perlindungan bagi kaum wanita selepas melihat wanita yang tidak berkemampuan meminta makanan di tepi jalan. Amazing Women.

3. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siapa sahaja tidak kenal dengan idola rakyat Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza! Buah hati rakyat Malaysia!

 

Dengan gelaran penyanyi No. 1 terkini di Malaysia beliau telah memberi banyak inspirasi kepada semua anak muda dan juga penyanyi baru di Malaysia.

 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih kenali sebagai ctdk merupakan seorang businesswoman dan juga penyanyi dengan vokal yang powerful!

4. Dr. Amalina Bakri

Wanita yang menjadi idola kepada mereka yang ingin menjadi doktor terutamanya bagi kaum wanita, Dr Amalina Bakri.

 

Dr. Amalina terkenal sejak dari usia muda selepas mendapat 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004. 17 1A! Wow!

 

Beliau juga mendapat anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship daripada Imperial College London dan kini bekerja di Imperial College Healthcare NHS Trust.

5. Maya Karin

 

View this post on Instagram

 

Please clean up this crap right now cuz we’re running out of time and I’m running out of patience!

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Mereka yang merupakan aktivis alam sekitar sudah tentu kenal dengan Maya Karin.

 

Maya Karin yang merupakan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam kini terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar dan kini merupakan duta kepada kempen River of Life (ROL) yang memberi kesedaran mengenai pencemaran sungai.

6. Kiki Poh

Maduners tahu tak yang salah seorang pengarah teknikal bagi filem Disney Cars 3 merupakan seorang wanita daripada Malaysia iaitu Kiki Poh! Hebat bukan?

 

Kiki Poh merupakan warga Malaysia pertama bekerja sebagai artis animasi Pixar dan terlibat dalam filem seperti Toy Story 3, Monster University dan juga Onward!

7. Datin Vivy Yusof

 

View this post on Instagram

 

Ah ah ah… #ifyouknowyouknow 😉 📷: @kakifoto_ @eventsbyazzwaa

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Tidak asing lagi nama Vivy Yusof dalam industry fesyen! Datin Vivy Yusof merupakan co-founder kepada FashionValet yang merupakan laman web beli belah atas talian.

 

Maduners yang memakai headscarf sudah semestinya kenal dengan jenama dUck milik Vivy Yusof yang menjual headscarf berkualiti. Vivy Yusof juga tersenarai dalam Forbes Asia’s Top 30 Under 30!

8. Yuna

Hijab/Turban Queen! Siapa saja tak pernah ikut trend gaya hijab atau turban oleh Yuna. Trendsetter!

 

Yuna yang merupakan penulis lagu dan juga penyanyi terkenal menjadi inspirasi kepada mereka baru ingin mulakan kerjaya dalam bidang nyanyian. Selain itu Yuna juga telah dipinang oleh Wilhemina Model Agency untuk menjadi seorang model di bawah naungan agensi model yang terkenal ini. Talented giler our girl nie!!

 

Gaya yang ensentrik juga menjadikan Yuna sebagai idola buat mereka yang berfesyen secara modest! Yuna kini mengembangkan bakat nyanyian beliau di negara Amerika Syarikat dan pernah berkolaborasi bersama Jhene Aiko, Usher dan Pharell William.

9. Tan Hooi Ling

Sumber Gambar: Forbes.com

Maduners mungkin tidak kenal dengan Tan Hooi Ling tetapi beliau merupakan seorang wanita yang berkaliber dan berjaya dalam dunia perniagaan!

 

Tan Hooi Ling merupakan salah seorang co-founder bagi aplikasi Grab yang kini berada di lebih daripada 60 bandar dan 7 negara!

10. Datuk Nicol Ann David

Dikenali sebagai salah seorang pemain squash terhebat di dunia, Datuk Nicol Ann David harus berada dalam senarai ikon wanita Malaysia 2020!

 

Walaupun sudah bersara dalam dunia sukan, Datuk Nicol kini aktif terlibat dengan Nicol David Foundation yang bertujuan membantu kanak-kanak kurang upaya dalam dunia sukan.

Post a Comment