Putrajaya LIFT Festival Penutup 2019 Yang Rakyat Malaysia Nantikan! – Manis Madu

Putrajaya LIFT Festival Penutup 2019 Yang Rakyat Malaysia Nantikan!

Selang berapa minggu sahaja 2019 akan berakhir. Sebelum menjelang tahun 2020, Madu ada dengar daripada kawan-kawan Madu mengenai satu festival yang cukup menarik iaitu Putrajaya LIFT Festival yang diadakan pada 28-29 Disember 2019 yang bertempat di Presint 2 Putrajaya!

 

Haa~ Ini adalah satu festival yang heboh diperkatakan oleh sidang akhbar dan orang ramai. Of course dengan adanya aktiviti menarik yang dibawakan khas daripada luar negara. So apa itu LIFT Putrajaya 2019?

Putrajaya LIFT Festival adalah Finance & Technology (FinTech) Festival dan LIFT bermaksud “Living In Future Times”. Disebabkan era globalisasi yang menuju kearah transformasi digital, Kementerian Kewangan membuat initiatif untuk menganjurkan Festival Putrajaya LIFT dengan kerjasama bersama Bank Negara.

 

Apa yang lebih menarik adalah festival ini sesuai untuk semua yang nak explore mengenai teknologi kewangan dan go cashless. Di festival LIFT Putrajaya 2019 ini terdapat 3 segmen utama iaitu

THE MARKET

The Market merupakan ruangan dimana terdapat pelbagai pasar yang merangkumi pelbagai aspek dari fesyen, seni, botani, tradisi dan juga makanan. Bertempat didalam dan diluar bangunan,  dan ruangan ini menampilkan pelbagai jenama kreatif terkemuka Malaysia seperti RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Najeeb Azami, Trulooks, Nasi Lemak Haji Ali dan banyak lagi!

The Fringe

The Fringe adalah salah satu segmen yang boleh buat semua orang terpukau! LIFT Festival membawakan 10 kelainan aksi daripada 10 buah negara serata dunia seperti klasik karbaret, sarkas dan komedi daripada Spain, pemain dram dan magik daripada Sweden, aksi akrobatik daripada Australia dan banyak lagi.

The Showcase

The Showcase terbahagi kepada dua segmen iaitu FinTech-Digital Pavilion dan Closing ConferenceFinTech-Digital Pavilion membawakan pameran interaktif, seminar, bengkel & perbincangan, paparan teknologi & digital, dan aktiviti untuk kanak-kanak. Bukan tu je, Closing Conference akan diadakan ekslusif yang membicarakan topik teknologi kewangan bersama ahli-ahli panel yang luar biasa dan ucapan penutup daripada Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng.

Banyak lagi Madu nak share dengan semua dan semestinya Putrajaya LIFT Festival adalah event yang ditunggu-tunggu. Jadi kawan-kawan jangan lepaskan peluang untuk experience Festival yang pertama kalinya diadakan di Malaysia pada 28-29 Disember 2019, bertempat di Presint 2 Putrajaya! Jumpa semua di sana! 😊

Post a Comment