10 Minit Jerr Siap! Resepi Roti Pisang Viral Paling Mudah & Sedap – Manis Madu
10 Minit Jerr Siap! Resepi Roti Pisang Viral Paling Mudah & Sedap

10 Minit Jerr Siap! Resepi Roti Pisang Viral Paling Mudah & Sedap

Selalunya pilihan menu untuk sarapan pagi atau minum petang mesti berulang-ulang menu yang sama kan? Kadang-kadang naik jemu juga! Sarapan jerr mesti jumpa nasi lemak, roti canai. Kalau minum petang pula, tak kuih-muih, mesti menu goreng-goreng seperti mi goreng atau mihun goreng.

 

Apa kata Maduners gantikan hidangan itu dengan menu berasaskan roti seperti satu menu viral ini!

 

Resipi roti pisang gula Melaka ini sudah banyak dikongsikan di laman TikTok, Facebook dan Instagram, Anis cuma kongsikan balik jerr. Rasa roti ini manis-manis, berlemak gitchewww! Memang sesuai sangat untuk sarapan atau hidangan minum petang.

bahan untuk resipi roti pisang viral

Bahan-bahan:

  • Roti putih beberapa keping (tak kisah apa-apa jenis jenama)
  • Pisang
  • Majerin
  • Kuning telur
  • Gula perang (boleh juga gunakan gula putih)
  • Cheddar cheese (Optional)
  • Chocolate sauce (Optional)
  • Sprinkle (Optional)
resipi roti pisang viral-sebelum bakar di oven

Cara penyediaan:

  1. Langkah yang pertama, sapukan marjerin di atas roti.
  2. Potong pisang mengikut bentuk yang korang suka. Kalau Anis, lebih suka bentuk bulat sebab comel kejadiannya.
  3. Susun pisang mengikut kreativiti sendiri dan sapukan lagi majerin di atas pisang diikuti sapuan kuning telur.
  4. Taburkan gula perang di serata permukaan roti dan tambah topping kesukaan korang. Terpulang sama ada nak letak cheese, chocolate sauce, sprinkle atau lain-lain.
  5. Boleh bakar di dalam kuali sahaja atau menggunakan air fryer pun boleh. Kalau tak ada air fryer, baka guna ketuhar pun onz!
  6. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.
  7. Siap dan sedia untuk dihidang!

 

Hidangan ini sesuai sangat untuk Maduners yang dah jemu dengan menu biasa sehari-hari. Sekali sekala tukar menu, apa salahnya kan? Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment